(Disiarkan pada 26 Ogos 2020)
1. Jawatan Perdana Menteri sememangnya tidak akan diserahkan kepada Anwar
Ketika Pakatan Harapan masih memerintah, sudah menjadi rahsia terbuka bahawa Perdana Menteri Tun Mahathir ketika itu tidak akan menyerahkan tampuk pimpinan negara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun wujud perjanjian dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Ketika itu juga nama Datuk Seri Azmin Ali sudahpun dicanang oleh pihak Bersatu sendiri sebagai Perdana Menteri pilihan Mahathir walaupun beliau daripada PKR. Jika diikutkan ‘seniority‘ dalam politik, ia lebih memihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin apatah lagi beliau juga merupakan Presiden Bersatu.
2. Mahathir lebih selesa dengan Azmin, bukan Muhyiddin
Namun kelihatan Mahathir lebih selesa dengan Azmin sebagai penggantinya mungkin untuk mengimbangi pengaruh Anwar dalam PKR walaupun terpaksa mengabaikan hati dan perasaan Muhyiddin serta penyokong-penyokongnya.
Ditambah lagi dengan desas-desus yang mengatakan bahawa Muhyiddin ketika itu masih baik dengan Anwar dan Azmin pula yang teruja menjadi ‘anak emas’ tentu akan mengikut apa sahaja cakap Mahathir.
3. Bersatu bahagian Wilayah Persekutuan diminta ‘tonjolkan’ Muhyiddin berbanding Azmin
Situasi janggal tersebut memaksa kerja gerak saraf Muhyiddin melalui Setiausaha Usaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya memberitahu jentera Bersatu terutamanya di Wilayah Persekutuan mengenai rancangan ‘mengangkat’ Muhyiddin dan bukannya Azmin, antaranya melalui artikel yang disiarkan oleh Shahbudin Husin.
Rujuk laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Batu sendiri yang menyiarkan artikel Shahbudin bertajuk “BERHENTI TONJOLKAN AZMIN DAN JANGAN LUPAKAN MUHYIDDIN” bertarikh 16 November 2018 di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=318443428742998&id=253131755274166
Artikel karangan Shahbudin ini juga dimaklumkan oleh Suhaimi untuk disiarkan di laman Facebook setiap bahagian Bersatu di Wilayah Persekutuan, dengan tujuan mempromosi Muhyiddin selaku Perdana Menteri selepas Mahathir dan bukannya Azmin.
4. Dimaklumkan kepada semua bahagian di Wilayah Persekutuan ketika latihan bersama Jabatan Penyelidikan (MEIO) di ‘safe house‘ MEIO di Bellamy
Perkara ini dimaklumkan secara khusus oleh Suhaimi ketika latihan yang dikendalikan bersama Jabatan Penyelidikan (MEIO) di Bangunan Jabatan Penyelidikan, Jalan Bellamy – bangunan tersebut juga merupakan sebuah ‘safe house‘ MEIO yang pernah diserbu oleh pihak polis sebelum ini atas laporan palsu yang dibuat sebelum itu oleh ‘operatif’ Suhaimi sendiri.
Pembongkaran mengenai latihan Bersatu di safe house MEIO ini telahpun didedahkan lama sebelum ini oleh netizen dan sebahagiannya telah dihimpunkan dan boleh dirujuk di pautan;
https://editormalaysia.com/7255/
5. Memang wajar Muhyiddin ditonjolkan sebagai pengganti Tun Mahathir, bukannya Azmin
Inilah yang sepatutnya Bersatu lakukan lebih awal namun entah kenapa ketika itu Mahathir lebih memihak kepada Azmin dan membiarkan nama Muhyiddin ‘tenggelam’ begitu sahaja di belakangnya.
Bahkan Bersatu sendiripun seolah-olah merestui Azmin sehinggakan pasukan pro Muhyiddin terpaksa melakukan sesuatu bagi menjernihkan suasana dan menaikkan kembali nama Presidennya. Peranan Suhaimi dalam mengangkat kembali Muhyiddin ini sememangnya boleh dipuji atas kapasiti seniority, pengalaman Muhyiddin serta beliau kurang mempunyai isu berbanding Azmin (ketika itu belum ‘meletup’ isu semburit).
Artikel yang sama juga boleh dirujuk di blog Shahbudin di pautan; https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/berhenti-tonjolkan-azmin-dan-jangan.html?m=1&fbclid=IwAR2WqRzjWGJoezzowRjyeftSv58NrgGpsOd2Kfdvwk55ZhN92ZmyMoPRHQw
(Nota: Ironinya Shahbudin sendiri kemudiannya mengambil sikap memihak kepada Anwar Ibrahim serta dalam audio melibatkan suara Muhyiddin yang tersebar luas sebelum ini juga beliau nyatakan kegusaran mengenai blog Shahbudin, tetapi digunakan oleh orang kuat beliau sendiri sebagai rujukan)
6. Adakah Azmin ‘Timbalan Perdana Menteri’ Perikatan Nasional?
Namun kini ‘pertembungan’ antara Muhyiddin dan Azmin sebelum ini tentunya sudah diselesaikan apabila Azmin kini dilantik antara empat Menteri Kanan.
Menteri Kanan lain selain Azmin ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin – namun Azmin merupakan yang ‘paling kanan’ antara empat Menteri Kanan yang dilantik Muhyiddin.
Walaupun Ismail Sabri lebih ‘senior‘ antara mereka tetapi Azmin ‘diutamakan’ apabila Muhyiddin mengatakan bahawa Azmin akan menggantikannya bagi mempengerusikan kabinet sewaktu ketiadaan beliau – dalam erti kata lain ini memberi gambaran seolah-olah Azmin merupakan Timbalan Perdana Menteri bagi kerajaan Muhyiddin ketika ini.
Maka adakah ini memberi makna Azmin akan menjadi Perdana Menteri selepas Muhyiddin apatah lagi kini beliau dan pasukannya sudahpun diterima menyertai Bersatu dan paling kanan dalam kabinet selepas Muhyiddin?
7. Mahathir memang mahukan Azmin menjadi Perdana Menteri
Jika Azmin berjaya menjadi Perdana Menteri selepas Muhyiddin, bukankah ini juga kehendak Mahathir sebelum ini?
Justeru adakah pelantikan Muhyiddin ini juga sebenarnya masih dalam ‘grand plan‘ Mahathir?
Wallahualam, hanya Allah Taala yang Maha Mengetahui dan Allah jualah sebaik-baik Perancang.