SHAFIE APDAL MINTA MAAF, CUBA ‘BELI’ ANGGOTA KESELAMATAN DENGAN RM10 JUTA?

6.2k
SHARES
20k
VIEWS

Setelah Ahli Parlimen Warisan yang juga bekas menteri Pakatan Harapan, Datuk Mohammadin Ketapi meminta maaf kerana celupar dan biadap membuat kenyataan menghina anggota keselamatan yang berkorban nyawa ketika insiden pencerobohan di Lahad Datu, kini Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal pula meminta maaf.

Tetapi kedua-dua mereka tetap berdalih kononnya kenyataan Mohammadin telah disalah tafsir dan diputar belit oleh musuh politik mereka, sedangkan dengan jelas Mohammadin menghina anggota keselamatan dan menuduh pencerobohan tersebut sebagai satu sandiwara.

Apa yang lebih memeranjatkan, yang dilihat ramai sebagai cubaan ‘membeli’ anggota keselamatan apabila mengumumkan akan memberi 10 juta ringgit kepada barisan hadapan termasuk tentera dan polis.

Dalam berdepan pandemik COVID-19, saya selaku Ketua Menteri Sabah turut memahami dan menghargai peranan anggota keselamatan kita sebagai barisan hadapan menentang musuh yang tidak kelihatan tetapi amat berbahaya.” 

“Atas rasa tanggungjawab itu, saya memperuntukkan sebanyak RM10 juta dana kerajaan negeri untuk diagih-agihkan kepada semua barisan hadapan termasuk RM1 juta kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RM1 juta kepada Kem Lok Kawi.” 

Beliau juga berkata kononnya sumbangan itu tidak dilakukan di mana-mana negeri di Malaysia, yang jelas menunjukkan keangkuhan Shafie dan Warisan yang tidak terlihatpun menyesal kerana menghina anggota keselamatan.

Bukankah ini rasuah pilihan raya? Anggota tentera dan polis yang mengundi awal hari ini wajar membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar menyiasat perkara ini kerana ia terang-terangan rasuah yang diumumkan Shafie.

Jika kemenangan Ahli Parlimen Cameron Highlands boleh dibatalkan hanya kerana membuat kenduri makan, jika Shafie menang kelak, kesalahan beliau boleh diadukan kepada SPR dan kemenangan beliau boleh dibatalkan.

Selain itu bukankah ini juga salah guna kuasa apabila beliau bukan lagi Ketua Menteri Sabah ketika ini?

Itulah, lain kali janganlah hina sesiapa walaupun tengah semangat berkempen kerana kelak ia akan makan diri.

Kali ini penghinaan tersebut sekejap sahaja sudah terbalas apabila diri sendiri pula terhina secara terang-terangan.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts