Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman dijadualkan mengangkat sumpah di Istana Negeri pada pukul 10.30 pagi esok.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, dalam satu sidang media selepas perjumpaan tertutup Gabungan Rakyat Sabah (GRS), hari ini.
Beliau berkata, pencalonannya sebagai Ketua Menteri disokong semua wakil rakyat Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Sidang media tersebut turut dihadiri Datuk Bung Moktar Radin; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim.