TARIK BALIK SOKONGAN JIKA PERIKATAN NASIONAL MUNGKIR JANJI – NAZIR HUSSIN

590
SHARES
1.9k
VIEWS

1. Polemik pelantikan Ketua Menteri Sabah dari Gabungan Rakyat Sabah tidak sepatutnya berpanjangan.

2. Ini kerana telah ada persefahaman BN akan menamakan Ketua Menteri sekiranya gabungan ini menang dalam PRN.

3. BN telah dijanjikan kerusi Ketua Menteri sekiranya Gabungan Rakyat Sabah menang sebagai balasan melepaskan kerusi-kerusi DUN yang dimenangi dalam pilihan raya lalu kepada ADUN-ADUN yang melompat menyertai Bersatu.

4. Walaupun sedih dengan kehilangan kerusi-kerusi tradisi ini, kami berlapang dada dan menerima kehadiran mereka dan berusaha memastikan mereka menang.

5. Malangnya madu diberi, tuba dibalas. Janji dimungkiri atas alasan PN lebih tiga kerusi.

6. Perikatan Nasional menang 17 kerusi dan Barisan Nasional 14. Dan ini telah dijadikan alasan untuk melantik Ketua Menteri dari Bersatu.

7. Apakah Bersatu lupa bahawa di Perak, PN hanya mempunyai 8 kerusi berbanding BN 25, namun yang menjadi MB adalah dari Bersatu?

8. Tidak cukup itu calon-calon bebas yang menewaskan calon BN di bawa masuk ke dalam PN dengan pantas untuk mengukuhkan Bersatu.

9. Ini bukan soal UMNO tamak kuasa atau tidak mahu berkongsi kuasa.

10. Namun kalau perkongsian ini tidak menghasilkan keadilan, maka apa guna perkongsian ini?

11. Justeru jika esok Ketua Menteri Sabah dari Bersatu maka sewajarnya Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional memohon mengadap DYMM YDP Agong menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional.

12. Penarikan sokongan akan membawa kepada pembubaran Parlimen.

13. Dalam keadaan kerajaan yang tidak stabil dengan majoriti tipis, pembubaran Parlimen adalah satu langkah yang perlu dipertimbangkan bagi mengembalikan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

14. UMNO tidak sombong namun jangan pula sampai dibuli membuta tuli.

Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin

Ketua Pemuda

UMNO Bahagian Titiwangsa

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts