Timbalan Menteri Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal yang terpalit isu surat sokongan berkata di laman Facebook-nya, “Semoga Allah melembutkan hati-hati kita untuk tidak tamak dan sepet akal dalam menilai” – dilihat seolah-olah menyindir partinya sendiri yang terlihat tamak mencari kuasa dengan ‘membuli’ parti-parti lain yang bersamanya.
Jelas di Pilihan Raya Negeri Sabah Bersatu menunjukkan keangkuhan dan kerakusan Bersatu yang ingin membolot sebanyak mungkin kerusi dan jawatan Ketua Menteri.
Malah apabila UMNO berkorban beberapa kerusi kepada Bersatu demi mengelakkan pertembungan tiga penjuru, langsung tidak diberikan walau satu kerusipun kepada PAS yang setia membantu mereka.
Wan Fayhsal juga sedikitpun tidak berterima kasih kepada UMNO atau Barisan Nasional, atau setidak-tidaknya menzahirkan ucapan penghargaan kepada Muafakat Nasional yang berkorban kerusi dan membantu jentera pilihan raya.
Sebaliknya hanya memuji-muji Perikatan Nasional dan partinya sendiri sahaja yang kononnya baru setahun jagung tetapi handal dan tidak angkuh.
Rujuk; https://www.facebook.com/363040637741744/posts/686527682059703/
Beliau juga berkata Perikatan Nasional tidak dibebani dengan isu legasi, ‘trust deficit‘, tidak dibayangi dengan skandal dan masalah yang kronik sehingga rakyat susah hendak percaya – sedangkan semuapun tahu Menteri kanannya Datuk Seri Azmin Ali terpalit dengan skandal memalukan yang mempunyai akuan bersumpah, bukti video rakaman perbuatan sumbangnya malah wujud pengakuan saksi yang melakukannya bersama beliau.
Kisah parti dadah Armada, rampasan wang tunai dan kereta mewah oleh SPRM yang masih senyap sehingga kini bukanlah petanda Bersatu ini bersih seperti yang dikatakan.
Bersatu juga tidak layak berlagak ‘suci’ jika Pengerusinya sendiri terpalit dengan isu akuan bersumpah ke atas beliau mengenai skandal beliau termasuk dituduh memberi 5 juta ringgit kepada wanita tersebut.
Jika benar-benar bersih, kenapa sehingga ke hari ini tidak mengambil tindakan ke atas pengadu atau bersumpah laknat seperti Datuk Seri Mohd Najib berani lakukan?
Wan Fayhsal juga hanya berkata akan mengukuhkan kerjasama bersama PAS tanpa menyebut UMNO, “Kita akan perkukuhkan koalisi ini bersama rakan kita PAS dalam usaha berdepan dengan PRU-15 yang bakal tiba tak lama lagi.”
Adakah tidak menyebut bekerjasama dengan UMNO ini disengajakan seolah-olah UMNO ini bukan rakan?
Kenyataan beliau yang terlihat angkuh ini juga disindir oleh Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, “Berpakat, bersahabat biar jujur dan ikhlas” di pautan; https://editormalaysia.com/17291/
Justeru UMNO perlu berfikir sedalam-dalamnya, jangan sampai pisang berbuat dua kali.