KENAPA MASIH ADA PIHAK PERTIKAI KERAJAAN HENTIKAN PROJEK KVDT2?

157
SHARES
505
VIEWS

1. Akhbar Sinar Harian menyiarkan artikel bertajuk “Apa jadi kepada projek KVDT2” dengan memetik ‘sumber’ yang tidak dinyatakan namanya.

Rujuk; https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/103204

2. Sepatutnya lebih wajar akhbar arus perdana seperti Sinar menyiarkan pandangan daripada pakar yang dikenali ramai dan bukannya sumber yang entah kenapa tidak mahu namanya disiarkan. 

3. Ia menimbulkan persepsi bahawa adakah sumber tersebut adalah pihak atau individu berkaitan dengan projek KVDT2, yang tentunya tidak setuju dengan tindakan kerajaan menghentikan projek mereka.

4. Apatah lagi ia sudah diputuskan oleh mahkamah, bahawa “syarikat Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd gagal dalam usaha mendapatkan perintah sementara untuk menahan dan mencegah kerajaan membatalkan atau menghentikan kontraknya untuk projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Kedua (KVDT2).”

Rujuk pautan;

https://editormalaysia.com/17035/

5. Sumber tersebut bukan sahaja mempertikai rasional pihak kerajaan menghentikan projek tersebut malah mendakwa Kementerian Pengangkutan yang mengatakan projek itu boleh dijimatkan sebanyak RM1 bilion sebagai “tidak realistik”.

6. Persoalannya siapa sumber tersebut? Jika benar beliau ‘pakar’ dan betul-betul ikhlas serta mengambil berat terhadap projek ini, maka adalah lebih baik bersemuka dengan Kementerian Pengangkutan dan bincangkan perkara tersebut. 

7. Bukan hanya ‘melontarkan’ isu di media tetapi tidak mahu tampil ke hadapan. 

8. Apatah lagi mempertikai hak kementerian apabila mendakwa tindakan kementerian membuat tender semula “menimbulkan persoalan besar” – seolah-olah ‘sumber’ itu tidak bersetuju projek tersebut ditender secara terbuka, yang tentunya jauh lebih baik jika diberi secara rundingan terus.

9. Sedangkan penganugerahan projek sebesar RM4.475 bilion yang bukan dalam kategori kritikal atau keselamatan, namun diberi secara runding terus inilah yang sebenarnya menimbulkan persoalan lebih besar.

10. Persoalan seperti siapa di belakang projek ini, siapakah konsultannya, adakah beliau terlibat dengan mana-mana parti dan kenapa pula Lim Guan Eng beriya mempertahan projek-projek yang diberi secara rundingan terus oleh Pakatan Harapan?

11. Sehingga sanggup berbohong kononnya ia diberi melalui kelulusan kabinet – yang dinafikan kemudiannya oleh bekas Menteri Pakatan Harapan sendiri?

Rujuk artikel “Dhaya Maju LTAT dapat projek bernilai RM4.475 bilion daripada keseluruhan RM6.61 billion ‘direct nego” di pautan;

https://editormalaysia.com/16600/

12. Selain itu, bukankah projek bernilai RM4.475 bilion ini meliputi 67.7 peratus daripada jumlah keseluruhan RM6.61 bilion runding terus yang menimbulkan kontroversi?

13. Mujurlah ia didedahkan oleh Menteri Kewangan yang baru, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengeluarkan senarai siapa yang mendapat 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion yang diberikan pentadbiran Pakatan Harapan, jika tidak tiada siapapun tahu.

14. Justeru syabas Tengku Zafrul dan Kementerian Kewangan yang mendedahkannya dan syabas juga buat Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Kementerian Pengangkutan serta kerajaan Perikatan Nasional yang telah menghentikan projek kontroversi tersebut yang sewajarnya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara menyeluruh. 

15. Kerajaan jangan layan pandangan sebegini dan dalam masa yang sama rakyat ternanti-nanti pihak berkepentingan mana pula selepas ini yang akan ‘menyambut’ pandangan sumber tersebut.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts