MUHYIDDIN SUDAH LEMBUT HATI, ATAU TAKTIK MAHU MEMBULI UMNO LAGI?

1.8k
SHARES
5.7k
VIEWS

Dalam reaksinya kepada tuntutan syarat-syarat baru yang dininta UMNO bagi meneruskan kerjasama dalam kerajaan PN, Muhyiddin Yassin telah menulis surat kepada Zahid Hamidi agar perkara tersebut diperincikan.

Dilaporkan, apa juga tuntutan UMNO itu perlu diperincikan dan dihantar kepada Muhyiddin dalam bentuk bertulis atau surat.

Sekali imbas, ternampak Muhyiddin semacam sudah berlembut dan akur dengan kedudukannya yang semakin goyang dan sedia memenuhi apa saja tuntutan UMNO itu.

Tetapi, dengan meminta Zahid Hamidi menulis surat kepadanya, Muhyiddin sebenarnya punya niat mahu terus membuli UMNO sepertimana dilakukan dalam PRN Sabah yang baru lalu.

Kenapa perlu UMNO menulis surat berkaitan tuntutan itu?

Bagaimana jika surat Zahid Hamidi bersama segala tuntutan yang diminta itu terdedah kepada umum sebelum ia ditunaikan?

Bukankah ia hanya akan memalukan Zahid Hamidi dan UMNO akhirnya?

Selain itu, jika ditulis dalam bentuk surat, apakah semua tuntutan yang diminta akan dipenuhi?

Dalam hal ini, Muhyiddin sepatutnya hanya perlu mengadakan pertemuan empat mata dengan Zahid Hamidi untuk membincangkan tuntutan yang diminta itu.

Persoalan ini adalah berkaitan kerjasama politik dan bukan macam minta kerja yang perlu seseorang itu menulis surat untuk meminta-minta.

Lebih daripada itu, dengan kedudukan UMNO yang lebih besar daripada Bersatu, Muhyiddin seharusnya lebih menghormati kedudukan Zahid Hamidi, bukan kekal dengan ego besarnya dan mahu hasrat yang dimahukan ditulis dalam bentuk surat.

Dan kalau melalui perbincangan empat mata itu persetujuan sudah dicapai, maka barulah perlu dilaksanakan perjanjian bertulis sebagaimana yang diminta oleh UMNO.

Apapun, dengan meminta UMNO menulis surat kepadanya sekarang ini, Muhyiddin ternyata tidak ikhlas dalam menjalin kerjasama dengan UMNO sejak dulu dan ingin terus membuli lagi.

Kiranya beliau ikhlas sejak daripada awal, masalah antara kedua-dua parti tidak akan berbangkit seperti sekarang ini.

Misalnya, pelantikan jawatan menteri daripada UMNO, Muhyiddin harus melantik mereka berdasarkan nama-nama yang dicadangkan oleh parti itu, bukan ikut kehendak hatinya sepertimana yang sudah berlaku.

Melantik pemimpin UMNO yang tidak dicadangkan parti itu bermakna Muhyiddin telah meniru stail Tun Mahathir Mohamad yang melantik pemimpin PKR yang bukan cadangan parti ketika awal pembentukan kerajaan PH dahulu.

Hanya kerana kerajaannya hampir jatuh, barulah Muhyiddin nampaknya sedar dan semacam mahu memenuhi segala tuntutan UMNO yang difahamkan antaranya ialah berkaitan jawatan Timbalan Perdana Menteri, lantikan menteri mesti berdasarkan nama yang dicadangkan dan beberapa perkara yang lain lagi.

Tambahan lagi, jika lantikan menteri daripada parti lain boleh dilakukan mengikut apa yang dicadangkan oleh parti berkenaan, kenapa tidak dengan UMNO?

Adakah Muhyiddin masih ada dendam terhadap UMNO sebagaimana Tun Mahathir melakulannya dahulu kerana dendam yang masih berselirat dalam hatinya kepada Anwar Ibrahim?

Susahkah untuk Muhyiddin angkat telefon dan menghubungi Zahid Hamidi secara terus tanpa perlu menyampaikan hasratnya secara bersurat melalui Hamzah Zainuddin?

Oleh Shahbudin Husin

(Penulisan beliau pernah digunakan oleh pihak Bersatu ketika masih bersama Pakatan Harapan dalam siri latihan yang dijalankan bagi menaikkan Muhyiddin

Dipetik dari laman web beliau di pautan; https://shahbudindotcom.net/2020/10/17/nampak-macam-dah-lembut-hati-tapi-itulah-taktik-muhyiddin-nak-membuli-umno-lagi.html

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts