RAKYAT WAJIB MEMBERI KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

512
SHARES
1.7k
VIEWS

Terkejut dengan poster atau iklan yang tertera padanya; “Memorandum Rakyat Malaysia Untuk Raja-Raja Melayu, bertarikh 25 Oktober 2020. Dan akan berkumpul di Pintu 2 Istana Negara pada jam 10.00 pagi.

Jika benar kandungan memorandum ini bersumber dari kumpulan tersebut, adalah mengenai rasa tidak berpuas hati dengan keputusan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan mengadakan rundingan yang melibatkan Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang akan berlangsung petang ini bagi membincang dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan dari Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya kelmarin.

2. Mengambil kenyataan pihak Istana: “Adalah dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak Covid-19. Malah, Seri Paduka Baginda turut prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat berikutan daripada perkembangan terkini ini, dan Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama baginda berdoa semoga Malaysia sentiasa dirahmati dan dilindungi dari segala bentuk ancaman serta penularan Covid-19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera,” merujuk sumber yang sama.

3. Justeru, MUAFAKAT ingin menegaskan di sini bahawa tindakan kumpulan ini menghantar memorandum kepada YDPA amatlah mendukacitakan kerana ia jelas bercanggah dengan ketetapan iaitu kuasa Eksekutif sebenar bagi Malaysia adalah terletak pada Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan kepada Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Dan melanggar prinsip sebagai rakyat Malaysia, iaitu melanggar prinsip RUKUN NEGARA; Rukun Kedua iaitu KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Tindakan kumpulan ini adalah tidak beretika mengikut lunas-lunas perundangan yang sedia ada.

4. MUAFAKAT juga ingin memberi amaran kepada mana-mana entiti, baik pertubuhan atau gabungan pertubuhan, ataupun individu yang biadap melanggar dengan sengaja Perkara Kedua Rukun Negara ini akan berdepan dengan tindakan guaman dari seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, kerana sebahagian besar PIBK atau NGO-NGO Islam tidak tahu-menahu akan perkara ini dan ingin menyatakan ketidakterlibatan dalam agenda serta gerakan kumpulan yang menggelar kumpulan diri mereka sebagai Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia ini.

5. Dipertegaskan juga bahawa semua NGO-NGO Islam atau PIBK di bawah Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam atau PEMBELA juga tidak terlibat dalam program yang melanggar Perkara 36 dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Walau apapun kandungan memorandum mereka itu, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia atau MUAFAKAT tidak terlibat dan juga tidak bersetuju dengan cara mereka.

6. MUAFAKAT bersama gabungan PEMBELA percaya dengan kebijaksanaan YDP Agong Al-Sultan Abdullah serta dengan pertimbangan titah perintah dari mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu, krisis yang sedang melanda negara ini akan dapat dirungkaikan di samping memberi keutamaan kepada kebajikan keselamatan dan kesihatan seluruh rakyat dan memberi amaran keras bahawa sebarang bentuk tuntutan dari mana-mana kumpulan ataupun individu ke bawah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu yang berunsurkan provokasi yang boleh menganggu gugat kuasa, kedudukan dan kedaulatan baginda Sultan dan Raja-Raja Melayu amatlah mendukacitakan kerana ia jelas menunjukkan sikap biadap dan melanggar ketatasusilan terhadap baginda Sultan dan Raja-Raja Melayu.

7. Jika jelas ada provokasi negatif maka pihak yang berwajib harus mengambil tindakan tegas dengan menahan dan membawa dalang utama yang mengesyorkan program menghantar memorandum kepada YDP Agong. Tindakan provokasi negatif adalah tertakluk di bawah akta hasutan terhadap YDP Agong dan boleh dikenakan hukuman berat.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi & Multimedia PEMBELA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts