Bekas Perdana Menteri membuat siaran ringkas mempertikai seorang penganalisis politik yang memintanya dipecat daripada UMNO berikutan cadangannya dalam mesyuarat tertutup Majlis Tertinggi UMNO.
Rujuk artikel “UMNO patut buang Najib kerana sokong Anwar” di pautan; https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-patut-buang-najib-kerana-sokong-anwar-penganalisis-265529
Najib menyindir penganalisis tersebut kerana mencadangkan pemecatan tersebut yang disifatkannya sebagai ‘cadangan dalaman’ dan bukannya menyokong atau mencadangkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
“Mencadangkannya sebagai satu dari 3 cadangan untuk perbincangan dalamanpun kena buang parti?“
“Nak tanya penganalis seorang ini: Kalau yang puji dan sokong secara umum itu, bagaimana pula?”
Kenyataan ringkas Najib disertai dengan keratan akhbar Tan Sri Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin yang mengeluarkan kenyataan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka sebelum ini.
Semua kenyataan tersebut boleh dibaca melalui pautan di bawah;
13 Ogos 2018 – “Annuar harap Anwar selamatkan Malaysia” – https://m.malaysiakini.com/news/438594
Annuar turut mencadangkan kerjasama dengan DAP melalui berita berikut;
10 Ogos 2018 – “UMNO sedia jalin kerjasama termasuk dengan DAP” – https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-sedia-jalin-kerjasama-termasuk-dengan-dap-annuar-musa-182665
Manakala Khairy pula dalam wawancara di Singapura pada 9 Januari 2019, jelas memuji dan berpendapat Anwar merupakan sebagai calon terbaik selaku Perdana Menteri selepas Tun Mahathir.
Rujuk berita “Will Anwar actually succeed Mahathir as Malaysia’s next prime minister?” di pautan; https://amp.scmp.com/week-asia/politics/article/2181422/will-anwar-actually-succeed-mahathir-malaysias-next-prime
Yang kemudiannya dipetik oleh beberapa media tempatan;
10 Januari 2019 – “Khairy: Anwar best choice for PM in multiracial Malaysia” – www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2019/01/10/khairy-anwar-best-choice-for-pm-in-multiracial-malaysia/1710929
10 Januari 2019 – “KJ: If Anwar doesn’t become PM, we will never hear the end of it” – www.nst.com.my/amp/news/nation/2019/01/449080/kj-if-anwar-doesnt-become-pm-we-will-never-hear-end-it
Justeru cadangan Najib dalam mesyuarat tertutup yang berakhir dengan cadangan tersebut tidak diterima secara konsensus oleh perwakilan yang menyertai mesyuarat tersebut bukanlah yang pertama kali dicadangkan dan tidaklah mengejutkan berbanding cadangan Annuar bekerjasama dengan DAP.
Bezanya Najib memberikan beberapa pilihan lain kepada CADANGAN KERJASAMA BERSYARAT kepada Anwar, tidak seperti Annuar Musa dan Khairy, yang terang-terangan menyokong dan memuji Anwar sebagai paling layak diangkat menjadi Perdana Menteri.
Siaran ringkas Najib menyindir penganalisis tersebut boleh dirujuk melalui laman Facebook beliau di pautan; https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157449411300952/