SAIFUDDIN, JANGAN MALUKAN KERAJAAN PN

2.3k
SHARES
7.3k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Apabila Saifuddin Abdullah menyatakan dia tidak tahu peruntukan JASA sebegitu besar, ia menimbulkan banyak tanda tanya.

Pertama, adakah dia Menteri ‘tidak ada kelas’? Dia menambah lagi garam kepada kredibiliti kerajaan PN yang dikritik kuat ekoran Bajet 2021.

Mana mungkin dia tidak tahu. Jangan nanti rakyat tuduh Menteri PN buat kerja cincai di saat rakyat memerlukan kerajaan yang serius dan tidak politiking.

Kedua, siapa yang memandai-mandai menjadikan bajet JASA begitu besar. Tidak mungkin Perdana Menteri apatah lagi KSU. Adakah ada Menteri yang lebih berkuasa? Elok Saifuddin berterus-terang

Ketiga, mungkin Saifuddin bercakap benar. Dia hanya mangsa kepada “hidden agenda dan politiking dalaman”.

Apapun nasi sudah menjadi bubur. Kenyataan Saifuddin telah mencemarkan imej Perdana Menteri dan Kerajaan PN.

Elok kurangkan bajet JASA itu. Ambil balik bekas pegawai JASA yang ditamatkan kontrak dan jadikan JASA agensi yang efektif.

Apapun tahniah Azmin Ali. Bukan setakat dilantik Ketua Penerangan PN tetapi Pengarah Pilihan Raya PN.

Adakah ini kebetulan?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts