BILA KHAIRY AKAN TINGGALKAN UMNO?

91
SHARES
295
VIEWS

Kelihatannya ketidakpuasan hati Khairy Jamaluddin terhadap Presidennya sendiri iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terserlah melalui mesej terkini di Twitter beliau.

Khairy menuntut Datuk Seri Zahid menunjukkan kepimpinan dengan meminta beliau mengecam kenyataan pemimpin akar umbinya Datuk Razlan Rafii, Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh yang memberikan satu komen keras mengenai kematian seorang wakil rakyat DAP yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Eddie Ng.

Eddie meninggal dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Cheras – Kajang awal pagi tadi apabila kenderaan pacuan empat roda yang dibawanya melanggar belakang sebuah lori di lebuhraya tersebut yang kemudiannya mendapat perhatian Khairy untuk mengecam Zahid.

Khairy sendiri perlu belajar menghormati pemimpinnya sendiri walaupun wajar Zahid menegur Razlan namun Khairy boleh menuntut beliau secara bersendirian sama ada memberikan mesej ataupun menghubunginya secara peribadi, bukan dengan menyarankannya di media sosial secara terbuka.

“Presiden parti, Zahid_Hamidi mesti kecam kenyataan sebegini. Belajar dari apa yang berlaku.”

“Orang ramai menolak parti ini kerana individu-individu yang buat dan bercakap perkara tidak betul.”

“Mesti tunjukkan kepimpinan. Tiada gunanya pemimpin bawahan saja yang mengkritik.”

Pernah kita melihat sesiapa dalam kalangan parti lain seperti MCA, MIC, DAP, PAS, PAN dan lain-lain yang mengecam Presidennya sendiri dalam apa jua isu kesilapan yang ditimbulkan oleh ahli akar umbi?

Razlan ternyata membuat kesilapan dalam memberi komen sedemikian dan beliau juga telah meminta maaf namun tindakan Khairy kelihatan lebih sudu dari kuah. Cukup dengan mengecam dan meminta Razlan sendiri meminta maaf secara terbuka dan bukannya Presiden sendiri diheret sama.

Tindakan kurang matang Khairy menunjukkan beliau sememangnya emosi dan tidak pandai menyembunyikan kekecewaannya apabila kalah dalam pemilihan Presiden UMNO kepada Zahid.

Atau beliau merasa lebih layak mengemudi UMNO sebagai Presiden berbanding Zahid ataupun memberikan gambaran akan meninggalkan UMNO tidak lama lagi?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts