DEMI PERJUANG NASIB RAKYAT, NAJIB DAN BN SEDIA DIGELAR ‘PENGKHIANAT’

1.6k
SHARES
5.1k
VIEWS

Oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Sebenarnya jumlah bantuan untuk banyak kategori penerima di bawah BPR untuk tahun 2021 depan adalah lebih rendah berbanding bantuan BaSaH 2019 bawah PH.

Misalnya;

Bantuan kewangan bagi isi keluarga B40 (satu anak) dengan pendapatan RM2,500 hingga RM3,000 sebulan:

– BR1M 2018 (tiada Covid): RM2,000

– BSH 2019 (tiada Covid): RM870 (RM750 + RM120)

– BPR 2021 (krisis Covid): RM800

Jika golongan ini ada sehingga empat anakpun, jumlah bantuan BPR 2021 (RM1,200) bagi mereka masih kurang berbanding BSH 2019 (RM1,230) dan BR1M 2018 (RM2,000).

Ini realitinya.

Kerajaan PN mengalami had kewangan biarpun mereka telah meminjam lebih banyak lagi setelah menaikkan had nisbah hutang negara kepada dari 55 peratus ke 60 peratus pada bulan Ogos lalu kerana:

1) PH telah jarah RM84 bilion daripada rizab Petronas dalam tempoh 22 bulan mereka sehingga kerajaan PN cuma boleh meminta dividen sebanyak RM26 bilion daripada Petronas untuk tahun 2021.

2) PH telah naikkan nisbah hutang negara dari 48.7 peratus ke 54.4 peratus setelah menambah hutang negara sebanyak RM144 bilion dalam tempoh 22 bulan mereka.

3) PH telah gantikan SST dengan GST dan sebab itu, hasil cukai berkurang RM20 bilion bagi tahun depan kerana ekonomi gelap sebesar RM300 bilion tidak dapat dicukai.

AKAN TETAPI, pasangan suami-isteri dengan seorang anak yang pendapatannya antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan tidak kisah semua ini.

Mereka tidak kisah ini salah BN, PH atau PN.

Mereka tidak mahu dengar apa-apa alasan.

Mereka cuma tahu bahawa bantuan mereka telah turun dari RM2,000 (2018) ke RM870 (2019 ke RM800 untuk tahun 2021.

Dan mereka akan tanya adakah bantuan sebanyak RM800 untuk tahun depan cukup untuk keluarga mereka menghadapi krisis ekonomi paling ganas sejak 100 tahun dahulu? 

Golongan isi rumah dengan jumlah pendapatan RM2,500 ke RM3,000 sebulan ini adalah antara golongan paling terbesar rakyat Malaysia dan juga antara golongan yang paling berisiko dibuang kerja atau hilang pendapatan.

Sebab itu juga kenapa BN memberi syarat pengeluaran RM10,000 daripada KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman secara automatik.

Jika golongan terbesar dan paling berisiko terjejas ini tidak diberi bantuan yang amat diperlukan bagi mereka menghadapi krisis paling ganas sejak 100 tahun dahulu, maka saya dan BN bersedia dipanggil pengkhianat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts