Oleh Lau Chin Kok
Adakah anda nampak permainan politik perkauman yang jelas dari pemimpin-pemimpin PH?
Di saat semua orang memberi tumpuan kepada memberi bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan wabak Covid-19, mereka pula sibuk dengan mengatur agenda politik kotor mereka.
Selepas ‘abang besar’nya, Lim Guan Eng membuat kenyataan kononnya Peruntukan Bajet 2021 kepada masyarakat Cina kurang 77 peratus, hari ini adik kesayangannya pula menambah lagi ‘perisa’ perkauman yang jelas cuba membangkitkan kemarahan masyarakat Cina.
Apa yang mereka harapkan dari kenyataan seperti ini pada waktu rakyat dalam kesusahan?
Pembohongan ini sengaja diada-adakan dan akan terus diulang-ulang sehingga menimbulkan keresahan di antara kaum. Bila berlaku sesuatu yang tidak diingini mereka semua ini akan sembunyikan tangan.
Inilah sikap pemimpin PH sejak dahulu lagi sebelum mereka jadi kerajaan sehinggalah mereka jatuh sebagai kerajaan. Tidak pernah berubah.
Kerajaan tidak boleh biarkan sentimen perkauman ini terus dimainkan oleh mereka ini. Langsung tidak ada sikap bertanggungjawab.
(Penulis merupakan Pengerusi Biro Media Baharu MCA)
Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;
https://www.facebook.com/123238147811522/posts/2092042277597756/