ADA KUMPULAN BOLEH ‘MEROTAN’ MUHYIDDIN – PUAD ZARKASHI

252
SHARES
813
VIEWS

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tetap ‘berkeras’ tidak mahu membenarkan pengeluaran caruman KWSP RM10,000 secara ‘one off‘ dan tanpa syarat tersebut walaupun berdepan dengan desakan pelbagai pihak. 

Menurut Puad, ini juga menunjukkan Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional hanya memandang ringan dan ‘tidak takut’ dengan sokongan bersyarat parti-parti lain terhadap belanjawan.

Tinggal 3 hari lagi Bajet akan diundi. PM nampak berkeras. Dia tidak takut dengan sokongan bersyarat parti lawan apatah lagi UMNO.”

Dia juga tidak takut pada Najib, Mahathir, Anwar, dan Zahid. Itu semua kacang pada dia. Ku Li sudah putus tidak mahu bahas bajet. Itu bermakna PN hilang satu undi.”

PM tidak takut pada mana-mana kumpulan.”

Selain itu Puad juga berkata isu keengganan kerajaan ini juga dilihat akan mewujudkan ‘pertembungan’  di PRU-15 kelak antara kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli KWSP yang ketika ini terkesan dan sangat memerlukan bantuan tersebut.

Tetapi dia akan bertembung dengan “satu kumpulan” di PRU ke-15 nanti. Iaitu Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).”

Jumlah pencarum KWSP malah jauh lebih ramai daripada ahli UMNO sendiri dan Puad menyifatkan ini sebagai pertembungan antara “buku dengan ruas” serta perkara ini tidak boleh dipandang remeh oleh Muhyiddin.

Kumpulan ini ada 7.6 juta ahli aktif. Ahli UMNO cuma 3.5 juta sahaja. Tunggulah di PRU nanti, kalau PM kekal tolak keluar one off RM 10K dari Akaun 1 termasuk syarat ketat I-Sinar.” 

Ini pertembungan “buku dengan ruas”. Jangan perlekehkan kuasa kumpulan KWSP ini. Kumpulan ini boleh merotan.”

Rujuk pautan; https://www.facebook.com/337845423608/posts/10158696064933609/

Justeru kerajaan diingatkan agar sentiasa mengutamakan rakyat seperti dijanjikan, antaranya dengan membenarkan pengeluaran wang milik mereka sendiri yang diamanahkan kepada KWSP, serta melaksanakan pemberian moratorium secara automatik bagi meringankan beban rakyat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts