PUNCA KRISIS AIR DI SELANGOR – BAHAGIAN 1

291
SHARES
938
VIEWS

Oleh Lau Chin Kok

Krisis air di Selangor hari ini jika ditangani dengan betul, ikhlas dan penuh hikmah oleh kerajaan negeri Selangor tentu ia sudah selesai atau sekurang-kurangnya tidaklah meruncing seperti sekarang.

Jika pembaca masih ingat lagi pada awal bulan Ogos 2011 kerajaan pusat ketika itu diterajui oleh Barisan Nasional telah memberi amaran awal berkenaan krisis bekalan air yang bakal melanda pada tahun 2014.

Kerajaan Persekutuan telah mengingatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ketika itu krisis ini bukan sahaja melibatkan penduduk di Selangor bahkan penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya juga akan merasai kesannya.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (TTHA) sudah memberi amaran MERAH agar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor lebih bersikap profesional dan mementingkan keperluan rakyat agar bekerjasama bagi menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

SKIM ini melibatkan projek pembinaan Logi Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem bekalan air yang berkaitan. Hasil dari projek ini, ianya akan memastikan permintaan air bersih dapat ditampung sehingga tahun 2029.

Tetapi apa yang sangat mengecewakan pemimpin Pakatan Rakyat memandang enteng amaran ini dan memilih untuk berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa. Bahkan mereka menggunakan modal ini untuk bermain politik tanpa menghiraukan kepentingan rakyat.

Mereka dengan sikap keras kepala masih berkhayal kononnya bekalan air terawat di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019. Hasilnya hari ini rakyat Selangor dan warga Kuala Lumpur yang menerima akibatnya. Pemimpin Pakatan Harapan bolehlah senang lenang di rumah kerana rumah mereka ada kolam besar.

Masalah bekalan air di Selangor tidak boleh selesai dengan hanya Menteri Besar pergi melihat kawasan tersebut sambil menghidu bau air yang tercemar. Ia perlu disusuli dengan gerak kerja yang tuntas, perancangan yang rapi dan tindakan undang-undang yang tegas jika perlu.

Sebab itulah kerajaan Persekutuan ketika itu yang diterajui oleh Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil langkah-langkah perlu dan drastik bagi melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 tanpa kerjasama sedikitpun dari kerajaan negeri Selangor.

Bagi kerajaan Barisan Nasional, kebajikan dan jaminan bekalan air bersih kepada rakyat wajib diutamakan, apapun aral yang melintang atau halangan yang bakal dihadapinya dari Pakatan Rakyat.

Biarlah pembangkang bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat namun kerajaan BN ketika itu sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman politik.

(Penulis merupakan Pengerusi Biro Media Baharu MCA)

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://www.facebook.com/123238147811522/posts/2094735687328415/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts