KEMELUT TABUNG HAJI: APA KESUDAHANNYA?

346
SHARES
1.1k
VIEWS

1. Apabila kerajaan Pakatan Harapan memerintah selama 22 bulan, pelbagai aset dan harta negara dijual lambak dengan sewenang-wenangnya, termasuklah yang dimiliki oleh Tabung Haji.

2. Rakyat marah bercampur geram ketika itu, kenapa kerajaan Pakatan Harapan tidak mencari jalan penyelesaian yang lebih baik serta timbul persoalan kenapa ia dijual kepada syarikat bukan Islam? 

3. Pelbagai alasan dan penipuan yang tidak masuk akal diberikan oleh Pakatan Harapan bagi menjustifikasikan penjualan tersebut, antaranya aset dan harta tersebut “tidak dijual tetapi hanya dipindah milik”.

4. Ia turut mengundang kecaman berterusan terutamanya daripada parti PAS dan UMNO serta pelbagai NGO Islam yang lain antaranya MUAFAKAT dan PEMBELA.

5.  Selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang digantikan dengan kerajaan Perikatan Nasional yang diistilahkan pembangkang sebagai “kerajaan pintu belakang”, rakyat gembira seketika kerana beranggapan penjualan aset dan harta negara ini terutamanya Tabung Haji akan dihenti atau dibatalkan serta disiasat segera.

6. Namun kegembiraan tersebut hanya seketika dan bertukar menjadi kekesalan apabila selepas 9 bulan Perikatan Nasional yang diterajui oleh majoriti pemimpin Melayu Islam ini memerintah, kerajaan masih tidak berupaya menyelesaikan kemelut Tabung Haji ini walaupun telah lama didesak. 

7. Mula timbul tanggapan buruk rakyat terutamanya dalam kalangan umat Islam sendiri yang mempertikai apa kerajaan Perikatan Nasional ini buat demi menyelamatkan Tabung Haji? Mereka beranggapan bahawa tiada bezanya antara Pakatan Harapan ataupun Perikatan Nasional, kerana kedua-duanya tidakpun mahu membela harta dan aset milik umat Islam di bumi tercinta ini.

8. Selain itu kerajaan juga tersilap besar kerana pengurusan kanan Tabung Haji sehingga kini masih tidak digantikan, agar segala aset dan hartanya yang telah terlepas ke tangan pihak lain dapat diambil kembali serta satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dapat dilaksanakan.

9. Yang terkini pada 13 Oktober, UMMAH juga mendesak dan menghantar memo kepada Menteri Agama Datuk Zulkifli Al-Bakri agar beliau dan Timbalannya membuat keputusan yang lebih tepat bagi memastikan dan memacu Tabung Haji ke landasan yang sebenarnya. UMMAH juga berpandangan CEO Tabung Haji tidak layak lagi berada di jawatan tersebut.

Rujuk artikel “CEO Tabung Haji bawa agenda DAP?” di pautan;

https://www.google.com/amp/s/harakahdaily.net/index.php/2020/10/13/ceo-tabung-haji-bawa-agenda-dap/%3famp

10. Setidak-tidaknya, jika kerajaan Perikatan Nasional benar-benar serius ingin menyelamatkan Tabung Haji, sebaik sahaja membentuk kabinet, kerajaan sepatutnya segera membentuk satu Jawatankuasa Khas bagi menghentikan atau membatalkan penjualan aset dan harta Tabung Haji dan mengkaji langkah mendapatkan kembali apa yang telah dijual Pakatan Harapan. 

11. Kemudiannya penyelesaian jangka masa pula panjang dirangka untuk dilaksanakan, antaranya cadangan agar Tabung Haji diletakkan di bawah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

12. Cadangan seperti ini amat diperlukan bagi mengelakkan sekiranya berlaku lagi pertukaran kerajaan, maka amalan penjualan aset dan harta secara lambak seperti dialami Tabung Haji ini tidak lagi dilakukan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah. 

Rujuk artikel “Saranan Tabung Haji diletakkan di bawah YDP Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu” di pautan;

https://editormalaysia.com/15820/

13. Kerajaan boleh juga memperhalusi cadangan agar diwujudkan Dana Umat Islam Tanahair (DUIT) bagi menghalang serta mengambil semula mana-mana aset dan harta umat Islam yang telah terjual. Rujuk artikel “Wujudkan Dana Umat Islam Tanahair (DUIT), ambil iktibar dari kemelut Tabung Haji” di pautan;

https://editormalaysia.com/13315/

14. Hakikatnya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jika kerajaan Perikatan Nasional ketika ini benar-benar beriltizam memperjuangkan agama dan umat Islam, justeru selesaikan segera kemelut Tabung Haji yang bukan sahaja tidak berkesudahan malah sudah berlanjutan sejak sekian lama. 

15. Atau umat Islam di negara ini sudah boleh mula belajar untuk menerima hakikat bahawa semua aset dan harta-harta Tabung Haji tersebut telah ‘terlepas’ buat selama-lamanya.

Wallahualam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts