Pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan II, YB Mohd Shahar Abdullah jelas menunjukkan pelan pemulihan Tabung Haji tidak mampu menyelesaikan ‘masalah’ yang dihadapi oleh Tabung Haji selama ini.
Sejak Pakatan Harapan memerintah, pelbagai cara digunakan termasuk menjual dan memindah milik aset dan harta Tabung Haji di bawah harga pasaran kepada syarikat yang dimiliki oleh mereka yang bukan Islam.
Isunya hanya satu, jika benar berlaku salah laku dan penyelewengan di Tabung Haji, kenapakah sehingga kini Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) masih ‘takut-takut’ hendak dilaksanakan? Bahkan UMNO sendiri yang banyak dikaitkan dengan isu Tabung Haji ini sendiri yang mendesak ia dilaksanakan segera.
Jika dahulu boleh difahami kenapa tidak dilaksanakan oleh Pakatan Harapan kerana merekalah dalang yang menjualnya tetapi kenapa kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah hari ini dilihat tidak bersungguh untuk menyelesaikannya?
Bukankah Tabung Haji ini penting bagi umat Islam? Tidak adakah ‘suara-suara’ di dalam kerajaan yang didominasi oleh Melayu Islam ingin melihat Tabung Haji dipulihkan dan diletakkan ke landasan yang sebenar seperti sebelum ini?
Perkara ini turut disuarakan oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang kecewa melihat masalah Tabung Haji masih tidak cuba diselesaikan dan turut menuntut RCI diwujudkan.
“Berita yang betul-betul mendukacitakan.”
“Pelan pemulihan Tabung Haji yang direka oleh kerajaan PH tidak ‘viable’, iaitu tidak mempunyai daya maju langsung. Pendedahan oleh Timbalan Menteri Kewangan jelas menunjukkan pelan pemulihan TH itu tidak mampu menyelesaikan ‘masalah’ TH.”
“Tunggu apa lagi? Kalau hendak memuaskan hati semua pihak, buat aje RCI untuk Tabung Haji.”
“Kalau masih hendak diteruskan juga pelan pemulihan PH, PN akan jadi sama aje dengan PN, iaitu PH 2.0. Dan BN turut terpalit sama.”
Rujuk;
https://www.facebook.com/1909073655805515/posts/3625344024178461/
Kebimbangan Shahrir sangat berasas kerana apa yang dikhuatirkan oleh umat Islam di negara ini ialah akibat daripada langsung tidak menyiasat dan berusaha mengembalikan aset-aset dan harta milik Tabung Haji yang telah terjual sebelum ini, akhirnya ia akan terlepas buat selama-lamanya.
Apa yang lebih mendukacitakan, ia bukan sahaja dijual kepada syarikat milik bukan Islam malah kerajaan yang diterajui oleh majoriti Melayu Islam sendiripun seperti tidak berminat untuk menyelamatkannya.
Dalam isu Tabung Haji ini, umat Islam yang prihatin dan sayang dengan Tabung Haji terasa seolah-olah Pakatan Harapan pula yang masih memerintah. Wallahualam.