Oleh Isham Jalil
(1) 21 Februari 2020: Selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang memaksanya menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, Mahathir tahu dia akan kecundang iaitu sama ada terpaksa menyerahkan kuasa kepada Anwar atau kalah dalam pilihan raya umum akan datang kepada Muafakat Nasional.
(2) Oleh itu dia (Mahathir) suruh Azmin dan Hamzah Zainuddin buat Langkah Sheraton supaya dia boleh ‘hijack‘ Muafakat Nasional dan kekal sebagai PM serta halang Anwar dari jadi Perdana Menteri.
(3) Untuk kekal sebagai Perdana Menteri, Mahathir tahu dia perlukan sokongan UMNO dan PAS kerana Anwar dan PKR (kecuali puak Azmin) tidak lagi menyokongnya.
(4) Namun dalam gabungan baru (Perikatan Nasional) itu, Mahathir tidak mahu ada orang yang lebih popular daripadanya seperti Najib yang boleh menggugat kedudukannya (alasan yang dinyatakan Mahathir kononnya dia tidak mahu bekerjasama dengan orang yang dituduhnya kleptokrat adalah alasan lemah semata-mata kerana dia (Mahathir) tidak kisahpun bekerjasama dengan Lim Guan Eng yang terpalit dengan kes rasuah banglo dan terowong beratus juta).
(5) 23 Feb 2020: UMNO dan PAS tidak setuju dengan cadangan Mahathir yang mahu kekal sebagai Perdana Menteri dan ‘hijack‘ Muafakat Nasional; UMNO dan PAS mahu pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum diadakan segera. UMNO dan PAS membawa cadangan ini ke Istana.
(6) Namun oleh sebab COVID-19, pilihan raya umum tidak boleh diadakan oleh itu kabinet dan Perdana Menteri baru perlu dibentuk tanpa pilihan raya.
(7) UMNO dan PAS terpaksa akur dan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan PAS menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk membentuk kerajaan.
(8) Mahathir tahu dia tidak akan dapat sokongan majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri tanpa sokongan UMNO dan PAS, dan jika Langkah Sheraton gagal dia akan disingkirkan dan dimalukan dengan undi tidak percaya dan partinya PPBM akan lenyap.
(9) Mahathir ingin pastikan jika dia tidak boleh jadi Perdana Menteri, Anwarpun tidak boleh, serta UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional juga tidak boleh memegang kuasa utama dan membentuk kerajaan atau menjadi Perdana Menteri, jika tidak partinya PPBM akan terkubur.
(10) 24 Februari 2020: Mahathir letak jawatan kerana terpaksa, kerana jika tidak, Langkah Sheraton dan kerajaan Perikatan Nasional akan gagal dan partinya PPBM akan hilang kuasa serta akan hanyut. Dia dilantik menjadi Perdana Menteri sementara oleh YDP Agong.
(11) 29 Februari 2020: Mahathir setuju cadang Muhyiddin jadi PM-8.
(12) Mahathir tidak sertai kerajaan (PN) dan kekal dalam PH kerana dia tahu jika dia sertai Perikatan Nasional, UMNO tidak akan sokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional secara en-bloc dan langkah Sheraton akan gagal (dengan kekal dalam PH dia boleh terus beri tekanan kepada Anwar).
(13) 1 Mac 2020: Muhyiddin dilantik menjadi Perdana Menteri dan Azmin jadi menteri terkanan.
(14) Mahathir, Muhyiddin, Azmin dan PPBM selamat.
(15) 30 November 2020: Mahathir kata ini semua Najib punya kerja.
ISHAM JALIL
1 Disember 2020