Oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
Kehilangan sokongan pada MB Perak dipercayai berpunca dari beberapa perkara yang tidak disenangi UMNO Perak.
Dua isu utama ialah penjualan ladang sawit 15,000 hektar milik kerajaan negeri secara rundingan terus tanpa tender dan pelantikan ADUN UMNO sebagai Setiausaha Politik MB Perak.
Pada tahun lepas, Allahyarham ADUN Slim UMNO telah memberi amaran kepada kerajaan PH serta Menteri PH dulu untuk tidak menjual ladang sawit 15,000 hektar pada ketika harga minyak sawit murah kepada sebuah syarikat Taiko Plantations Pte Ltd yang berpengakalan di Singapura.
Ladang ini dah lama dimilik kerajaan Perak di bawah BN dan Allahyarham ADUN Slim pernah menjadi pengerusi syarikat kerajaan negeri yang memiliki ladang itu.
Tahun lepas Allahyarham pernah berkata nilai ladang tersebut adalah sebanyak RM1.03 bilion dan memberi keuntungan besar sebanyak RM40 juta setiap tahun kepada negeri Perak sebelum pertukaran kerajaan pada PRU14.
Rujuk pautan;
Selepas PRU-14, pengerusi syarikat milik kerajaan negeri pula bertukar menjadi Menteri Besar Perak Pakatan Harapan.
Namun selepas kerajaan PH Perak tumbang dan MB Perak PH menjadi MB Perak PN, penjualan tersebut tetap diteruskan secara rundingan terus tanpa tender di bawah kerajaan Perikatan Nasional Perak walaupun harga minyak sawit kini mencecah RM3,400 satu tan berbanding RM1,800 hingga RM2,000 tahun lalu.
Harga jualan yang diumum pada bulan April 2020 selepas kerajaan PN Perak ambil alih ialah RM342 juta sedangkan nilai keseluruhan ladang itu adalah RM1.03 bilion mengikut apa yang dimaklumkan oleh pengerusi terdahulu atau hanya 35 peratusddaripada harga asal.
Rujuk pautan;
Insiden kedua ialah pelantikan seorang ADUN UMNO sebagai Setiausaha Politik MB Perak tanpa merujuk dan mendapat persetujuan daripada kepimpinan UMNO negeri.
UMNO Perak sudah lama berjaga-jaga setelah parti PPBM Perak mengambil beberapa orang ADUN UMNO selepas PRU-14.
Sebab itu satu perjanjian telah dibuat apabila kerajaan PN Perak dibentuk selepas PH jatuh di sana pada bulan Mac.
Antaranya ialah setiap pelantikan politik perlu mendapat persetujuan parti masing-masing.
Walaupun UMNO telah beberapa kali memberi amaran kepada MB Perak untuk tidak melantik ADUN UMNO menjadi Setiausaha Politik beliau, MB Perak tidak mahu hirau.
Seolah-olah UMNO Perak dan perjanjian antara parti tidak penting.
Rujuk artikel “18 Okt 2020: Pemuda UMNO Perak persoal lantikan setiausaha politik MB Perak” di pautan;
“20 Okt 2020: Umno Perak beri kata dua kepada PPBM“
Malah, hendak menjawab isu inipun MB Perak malas ketika itu.
“Walau apapun saya cakap… orang akan memberi pandangan berbeza, jadi saya tidak mahu ulas (panjang) tentang perkara itu” kata MB Perak.
Rujuk pautan;
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/633579/tiada-niat-kukuh-sokongan-metrotv
Pelantikan ADUN UMNO ini dan sikap MB Perak enggan melayan bantahan UMNO ini yang menjadi detik penentuan kepada UMNO Perak.
Oleh sebab MB Perak tidak hirau dan tetap khianat persetujuan antara parti, maka beliaupun tumbang hari ini.
Ada juga yang cuba menuduh UMNO Perak berpakat dengan DAP dan PKR di Perak untuk tumbangkan MB Perak.
Ini tidak benar sebab PH Perak sudah lama menunggu peluang untuk menumbangkan MB Perak kerana PH rasa mereka pernah dikhianati MB Perak, yang juga membawa lari beberapa ADUN PH pada bulan Februari tahun ini.
Oleh sebab itu, PH Perak tidak akan memberi undi menyokong MB Perak apabila undi percaya dilakukan dalam DUN Perak.