KES ALTANTUYA: KESIMPULANNYA HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN TIDAK MEMPERCAYAI AZILAH

364
SHARES
1.2k
VIEWS

π“π„π‘π‰π„πŒπ€π‡π€π πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π 𝐓𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐅𝐄𝐄 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋𝐀𝐍 ππ„ππ†π‡π€πŠπˆπŒπ€π πƒπˆ πŒπ€π‡πŠπ€πŒπ€π‡ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π πŠπ„π’ π€π‹π“π€ππ“π”π˜π€

Oleh Nabeel Naqie

Wartawan: Jadi apa terjadi hari ini?

TSSA: Terdapat 2 perkara hari ini. Kedua-duanya berkaitan permohonan semak semula Inspektor Azilah.

Yang pertama adalah permohonan DSN sebagai pencelah. Kami mahu mencelah kerana, kami merasakan DSN mempunyai kepentingan perundangan kerana Azilah secara tiba-tiba selepas 5 tahun telah u-turn dan melakukan pertuduhan ke atas beberapa orang termasuk DSN.

Beberapa orang ini bermaksud 3 orang secara total. Jadi kami fikir, apabila anda membuat pertuduhan ke atas beberapa individu termasuk DSN, maka sepatutnya kami mempunyai hak perundangan. Kerana undang-undang hak asasi manusia mengatakan bahawa anda tidak boleh dikutuk (condemn) tanpa pendengaran.

Dalam kes ini anda di-condemn oleh Azilah (bukan oleh mahkamah) tanpa didengari mahkamah.

Namun demikian, saya fikir mahkamah telah mengambil pendirian sangat teknikal. Mahkamah kata DPP mewakili masyarakat awam dan Azilah diwakili oleh peguamnya, dan tidak ada keperluan bagi kami untuk menjadi pencelah.

Sungguhpun secara faktanya, di keseluruhan dunia Komenwel, perkembangan di dalam undang-undang jenayah membenarkan hak mencelah termasuk hak mencelah bagi pihak ketiga seperti Bar Council! Ini terpakai di England dan Kanada. Itu yang pertama.

Tetapi mahkamah membenarkan kami untuk kekal sebagai pemerhati. Bermakna kami memerhati kes bagi pihak DSN supaya DSN kekal maklum tentang perkembangan kes.

Keduanya adalah berkenaan permohonan semak semula oleh Azilah sendiri.

Dalam semakan semula ini saya agak kecewa kerana keseluruhan tempoh masa penghujahan hanya 2 minit!

Ia kelihatan seperti Azilah melalui peguamnya tidak serius dalam permohonan semak semula ini.

Kerana permohonan mencelah kami jauh lebih lama… Hampir 1 jam. Yang ini 2 minit sahaja.Β 

Dan semestinya mahkamah membuat keputusan. Mahkamah berpegang bahawa terdapat kelewatan selama 5 tahun tanpa ada sesiapun yang menghalang Azilah tampil untuk memberi pendedahan melainkan Azilah saja.

Ini adalah SEKIRANYA terdapat unsur menghalang bukti. Tidak ada kegagalan dari segi prosedur dan tidak ada ketidakadilan yang telah berlaku dan tidak ada penafian hak perbicaraan dan prosedur yang adil.

Mahkamah mengatakan Azilah sendiri tidak memaklumkan kepada para penyiasat walhal, Azilah sendiri adalah seorang penyiasat kerana Azilah bekerja sebagai CID untuk tempoh yang lama, iaitu 6 tahun.

Dia tidak maklumkan kepada mahkamah pada permulaan kes, di Mahkamah Rayuan dan juga di Mahkamah Persekutuan!

Dan Azilah kekalkan naratif yang sama di dalam permohonan pengampunannya. 100 peratus sama. Tidak ada perubahan.

Jadi mahkamah dengan menggunapakai kaedah implikasi telah tidak mempercayai (disbelief) dakwaan terbaru yang dibawa Azilah.

Akhirnya mahkamah sebut, apabila anda membuat membuat permohonan untuk semak semula kes, ia adalah tidak sama dengan permohonan untuk memberikan bukti lanjut. Ketika semak semula, anda tidak boleh beri bukti lagi.

Ketika semak semula, anda boleh cabar tentang keadilan prosedur dan bukan ke atas fakta. Dan mahkamah mengatakan Azilah dan peguamnya tidak masukpun ke atas ruang lingkup itu dan oleh itu mereka telah menolak permohonan ini.

Itulah secara ringkasnya.

Wartawan: Sekiranya Hakim telah mempertimbangkan permohonan DSN sebagai pencelah, apakah ia akan memberi implikasi berlainan bagi kes ini selepas dari ini?

TSSA: Tidak. Tiada apa-apa implikasi. Kes ini sudah tamat! Ia adalah pengakhiran mutlak bagi kes ini. Inilah penamatnya.

Azilah telah dijatuhkan hukuman mati dan terpulang kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan atau sebaliknya.

Wartawan: Bagaimana pula dengan SD Azilah itu? Bolehkah kita anggap ia telah ditolak?

TSSA: Mahkamah telah tidak mempercayainya. Jadi kini SD tersebut ada di mahkamah. Kami sedang mempertimbangkan sama ada hendak memohon menghapuskan SD tersebut. Kami sedang mempertimbangkan kerana kami memikirkan adalah berbaloi melakukannya atau tidak.

Tetapi mahkamah telah secara jelas menolak SD tersebut bukan hanya berdasarkan kaedah implikasi yang kuat, tetapi juga dengan kenyataan yang sangat ekspresif.

Secara sarkastik mahkamah telah menempelak Azilah dengan berkata;

β€œKamu sendiri yang β€˜menyembunyikan bukti’ ini dari peguam-peguam kamu, dari kesemua peringkat mahkamah, dari polis dan termasuk Lembaga Pengampunan. Jadi mengapa kamu menyalahkan orang lain?”

Jadi kesimpulannya, para Hakim Mahkamah Persekutuan tidak percayakan kenyataan Azilah.

Wartawan: Jadi apakah ini bermakna DSN tidak akan diheret ke dalam kes ini?

TSSA: Ia tidak ada kesan langsung ke atas DSN! Kerana kes ini yang telah melalui siasatan polis dan perbicaraan mahkamah tidak langsung ada bukti penglibatan DSN malah tidak ada pun penglibatan DSP Musa mahupun Razak Baginda. Ia langsung tidak membuktikan penglibatan mereka.

Hanya 2 orang pegawai polis ini (Azilah dan Sirul) yang melakukannya.

Wartawan: Adakah anda berpuas hati dengan keputusan hari ini?

TSSA: Saya berpuas hati dengan penghakiman utama. Secara keseluruhannya saya berpuas hati. Saya fikir mungkin ia akan menjadi lebih bagus sekiranya kami dibenarkan menjadi pencelah kerana mereka boleh menyoal kami.

Tetapi secara retrospektif, keseluruhan proses ini hanya mengambil masa 2 minit! Saya pun tidak tahu apa yang boleh saya sumbangkan.

Wartawan: Jadi adakah hukuman mati ke atas Azilah akan dilaksanakan secepat mungkin?

TSSA: Secara teknikal dia telah dijatuhkan hukuman mati. Sama ada hukuman ini dilaksanakan atau tidak adalah merupakan hak pihak berkuasa. Ini termasuk kuasa YDP Agong.

Maaf, dalam kes ini ia adalah kuasa Sultan Selangor kerana kesalahan ini dilakukan di Shah Alam. Ok. Bye.

Kredit video: Astro Awani

(Terjemahan oleh Nabeel Naqie III)Β 

Terjemahan dan video penuh Tan Sri Shafee Abdullah (TSSA) boleh dilihat di laman Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=192436042220112&id=100043611531037

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts