Oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
Nampaknya penjualan belum selesai.
Disember 2020: Petronas jual 5.96 peratus MISC dan 7.75 peratus KLCC dengan harga RM2.8 bilion walaupun harga saham rendah.
Disember 2019: Petronas jual kepentingan saham 5.11 peratus dalam MISC, 5.93 peratus dalam Petronas Dagangan dan 9.66 peratus kepentingan Petronas Gas dengan harga RM6 bilion.
Selepas penjualan berterusan ini, pegangan Petronas dalam MISC sudah jatuh ke 51.6 peratus manakala pegangan dalam Petronas Gas cuma 50.97 peratus.
Sukar untuk jual lagi kerana wujud risiko Petronas akan hilang kuasa kawalan dalam syarikat-syarikat tersebut.
Ramai percaya penjualan ini disebabkan Petronas juga akan perlu bayar dividen yang agak tinggi tahun ini:
– 2020: RM34 bilion (PN)
– 2019: RM54 bilion (PH)
– 2018: RM24 bilion (PH
– 2017 dan 2016: RM16 bilion (BN)
Merujuk penyata akaun terbaru Petronas untuk Suku 3 2020 berbanding Suku 2 2018 iaitu sejurus selepas PRU-14 dan sebelum Pakatan Harapan mula menjarah:
– Rizab tunai Petronas sudah turun RM32.5 bilion
– Hutang dan liabiliti naik RM31 bilion
Akibatnya, nilai bersih Petronas telah turun RM47 bilion sejak PRU-14 dari RM432 bilion pada Jun 2018 ke RM385 bilion pada September 2020.
Ini juga bermakna segala keuntungan Petronas sejak PRU-14 (2018: RM55.3 bilion, 2019: RM40.5 bilion) telahpun diambil kerajaan dalam bentuk dividen serta cukai sehingga Petronas perlu banyak menjual aset dan pinjam lebih dari bank atau pasaran bon.
Sebab itu, Petronas telah diturunkan penarafan 3 kali sejak PRU-14.
Perkara ini tidak pernah berlaku bawah kerajaan BarisanNasional semasa saya Perdana Menteri.
Saya harap kekuatan Petronas dapat dipulihkan pada masa depan sebab ia syarikat Malaysia yang terkenal di dunia dan negara kita perlu bersedia untuk hari di mana rizab gas dan minyak dalam negara habis digali.
Disember 2020:
https://www.theedgemarkets.com/article/petronas-sells-shares-misc-and-klccp-stapled-group
Disember 2019:
https://www.theedgemarkets.com/article/petronas-raises-rm6b-cutting-listed-unit-stakes
Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157546183580952/