DAP HANYA TAHU PERALAT ANAK MUDA

482
SHARES
1.6k
VIEWS

Oleh Lau Chin Kok

Sudah tiba masanya untuk meletakkan lebih ramai anak muda dalam kepimpinan pembangkang“, itu kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Kata Kit Siang, Kabinet Muhyiddin tidak mempunyai suara untuk golongan millennial di Malaysia, tidak ada seorangpun Menteri yang berusia di bawah 40 tahun.

Terdapat empat orang Menteri dalam Kabinet Muhyiddin yang berumur di bawah 50 tahun, masing-masing berusia 43, 44, 46 dan 47 tahun — suatu perbandingan yang buruk dengan Kabinet Pakatan Harapan, yang bermula dengan menteri yang berusia 25 tahun, 35 tahun dan lima orang Menteri yang berumur di bawah 50 tahun, katanya.

Beginilah, sebenarnya anak muda yang ditarik menyertai DAP tidak lebih hanya dipergunakan oleh kedua-dua ‘saka’ anak-beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam parti.

Jika betul apa yang diperkatakan oleh beliau, maka sepatutnya kedua-dua mereka patut terlebih dahulu menunjukkan contoh kepada anak muda dengan meletakkan jawatan dan tampuk kuasa diberikan kepada anak muda.

Yang lebih pelik, bukankah dahulu merekalah yang memilih seorang pemimpin yang paling uzur umurnya sebagai Perdana Menteri? Sepatutnya mereka perlu pilih individu yang lebih muda seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kenapa pula ketika itu pilih Tun Mahathir yang sudah lanjut usia?

Jawapannya ialah kerana mereka hanya mahu kuasa politik dan untuk itu mereka memerlukan sokongan orang Melayu, bukan kerana prinsip atau apa-apa alasan lainnya.

Begitu juga apabila DAP menguar-uarkan mereka pencetus kepada kepimpinan orang muda.

Mereka perlu sedar bahawa Barisan Nasional sudah lama meletakkan orang muda yang berkaliber dan berkarisma untuk menjadi pemimpin. Antaranya seperti YB Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan, YB Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.

Itu antara nama pemimpin muda daripada Barisan Nasional yang berkaliber dan mampu membawa perubahan dalam negara.

Barisan Nasional tidak seperti DAP yang mengisi kepimpinan mudanya dengan secara ‘tangkap muat’ untuk kepentingan politik mereka sahaja tanpa mengambil kira kemampuan memimpin, integriti dan mampu melaksanakan tugas membela rakyat.

Sebab itu tidak hairan jika ada pemimpin muda PH-DAP yang terlibat dalam isu moral yang memualkan tetapi tetap dipertahankan oleh pemimin DAP atas nama kebebasan.

Bagi DAP, isu moral tidak menjadi masalah kepada mereka. Adab dan nilai ketimuran bukan isu utama kepada mereka. Bahkan gaya hidup bebas menjadi agenda dalam menarik anak muda menyokong mereka.

Inilah yang perlu dilihat oleh rakyat, dalam mengejar kejayaan ekonomi, adat dan budaya ketimuran juga wajib kita pertahankan demi kelangsungan budaya masyarakat Malaysia terus dipertahankan.

Jika disorot kembali perjuangan PH-DAP, mereka hanya mempergunakan anak muda sebagai alat untuk terus berkuasa. Anak muda digunakan dalam demonstrasi BERSIH 1, BERSIH 2 dan BERSIH 3. Tetapi di mana pemimpin anak muda ini berakhir?

Yang kekal hingga kini hanya anak Presiden PKR iaitu Nurul Izzah, ke mana pergi yang lain? 

(Penulis merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA dan Naib Pengerusi MCA Bahagian Puchong)

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan; https://www.facebook.com/123238147811522/posts/2120889364713047/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts