KENAPA POLIS BERI LAYANAN BERBEZA ANTARA NAJIB DAN LIM GUAN ENG?

5.5k
SHARES
17.6k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Polis hari ini menangguhkan hingga ke tahun hadapan tarikh untuk mengambil keterangan daripada Lim Guan Eng. Ia sepatutnya esok iaitu sehari sebelum hari Krismas. 

Tan Sri Hamid Bador Ketua Polis Negara turut minta maaf bahkan mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng sebelum ini membuat posting di media sosial bahawa dia dapat hadiah hari Krismas kerana akan dipanggil ke Bukit Aman untuk beri keterangan.

Soalnya kenapa Najib diberi layanan yang berbeza. Pada 17 Mei 2018 iaitu “Hari pertama Ramadan”, sebanyak 15 kenderaan polis menyerbu kediaman Najib di Jalan Langgak? 

Ketika itu Najib baru sahaja balik daripada solat terawih. Operasi itu berlangsung sampai subuh. Najib dan isterinya terpaksa tidur di atas sofa.

Polis turut geledah rumah Allahyarhamah Tun Rahah bonda Najib di Jalan Eaton. Syilling rumahnya turut dipecahkan.

Itulah detik, tiadanya nilai kemanusiaan pada kerajaan Pakatan Harapan. PDRM diguna oleh Tun Mahathir untuk ‘menghapuskan’ Najib.

Hingga ke hari ini, barang-barang itu tidak dipulangkan. Tiada pendakwaan. Tidak pernah dibawa ke mahkamah. Tiada bukti barang hadiah daripada pemimpin luar negara itu dibeli menggunakan duit 1MDB. 

Najib melawan kezaliman itu dengan fakta melalui media sosial. Tanpa rusuhan. Tanpa demonstrasi jalanan.

Akhirnya Kerajaan Pakatan Harapan tumbang hanya setelah 22 bulan memerintah. Tun Mahathir sendiri hilang jawatan Perdana Menteri dengan cara yang hina.

Apakah kezaliman dan ketidakadilan itu diteruskan hingga ke hari ini? Pokoknya Najib terus membela rakyat dengan fakta dan hati nurani yang murni.

Semoga roh Tun Rahah dirahmati Allah. In sha Allah beliau memaafkan kezaliman oleh mereka yang zalim.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts