DAP PARTI PALING ‘BANGSAT’ DALAM SEJARAH POLITIK MALAYSIA

3k
SHARES
9.7k
VIEWS

1. Ketika ini DAP sedang bergelut menagih simpati rakyat sambil bermain politik. Kepentingan anak-beranak Lim tetap menjadi agenda utama DAP. Kepentingan rakyat tiada langsung dalam kamus politik anak-beranak Lim dan sekutunya dalam DAP.

2. Di saat ghairah mahu kembali menjadi kerajaan, DAP sanggup menjilat kembali ludah mereka. Konon demi rakyat, menghulurkan tangan mahu bekerjasama dengan UMNO. Bermacam-macam dalil songsang dikeluarkan oleh paksi Lim anak-beranak bagi menghalalkan tindakan DAP.

3. Namun bila dicabar Teng Chang Kim agar Lim anak beranak beredar keluar dari pimpinan DAP, mereka berdua menikus. Teng Chang Kim mencabar atas nama rakyat. Namun tiada bunyi langsung dari Lim anak-beranak.

4. Begitu juga apabila mahu melanjutkan survival anak-beranak Lim dalam DAP. Konon demi rakyat, DAP mahu bekerjasama dengan UMNO bagi menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional sedangkan pendirian UMNO jelas menolak pembentukan kerajaan dengan DAP.

5. Pendirian UMNO, bekerjasama boleh namun tiada peruntukan menteri atau Exco kepada DAP. Jelas DAP mahukan jawatan dalam kerajaan demi kesinambungan anak kepada Lim Kit Siang yang kini tiada apa-apa jawatan bergaji atau elaun dalam kerajaan.

6. Begitu juga apabila keputusan DAP menangguhkan pemilihan parti mereka. Konon demi rakyat, namun sebenarnya bertujuan memanjangkan hayat Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP. Perlembagaan DAP terang-terang menyebut Setiausaha Agung tidak boleh memegang jawatan melebihi dua penggal.

7. Dalam kes Lim Guan Eng, beliau telah menjadi Setiausaha Agung berpenggal-berpenggal. Walaupun ada bantahan dari ahli DAP sendiri, segalanya didiamkan. Rintihan ‘rakyat’ dalam DAP diabaikan. ‘Takhta’ anak-beranak Lim dalam DAP tetap diutamakan. Betapa hipokritnya mereka!!!!

8. Begitulah DAP, parti paling BANGSAT dalam sejarah politik Malaysia. Konon sangat bermaruah, berintegriti serta teguh pendiriannya. Realiti, DAP sebenarnya terbalik, sanggup membuat berlutut, menjilat ludah sendiri demi kuasa.

Kerana itulah DAP sanggup berbaik dengan Mahathir demi kuasa. DAP menggunakan Anwar kerana mencari kuasa. DAP sanggup menunggang agama menggunakan PAS demi kuasa. DAP menipu ahli sendiripun demi kuasa. DAP bermain sentimen kaum juga demi kuasa.

DAP, segalanya adalah tentang survival dan kesinambungan kuasa keluarga ‘Maharaja’ Lim, bukan tentang rakyat….

Paku Warren

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts