TINDAKAN SARAWAK REPORT PERTAHAN ZETI MEMBAWA PADAH?

17.5k
SHARES
56.5k
VIEWS

Tindakan sesetengah pihak  yang cuba mempertahan Tan Sri Zeti Aziz dalam isu pemindahan wang ke akaun keluarga beliau oleh pelarian dalam buruan yang sangat dikehendaki iaitu Jho Low, bukan sahaja semakin terdesak malah kini seperti “senjata makan tuan”. 

Antaranya ialah portal Sarawak Report yang selama ini menjadi alat bagi memainkan irama fitnah berterusan Pakatan Harapan, turut berusaha membersihkan nama Zeti yang terpalit skandal pemindahan wang tersebut namun tidak berapa menjadi.

Lebih buruk, naratif yang dimainkan dilihat turut bakal menyusahkan Zeti kelak kerana tanpa berselindung lagi Zeti dikatakan telah “menjalin hubungan yang baik” dengan Jho Low sejak di luar negara lagi.

Sarawak Report kata Zeti dan suaminya rapat dengan Jho Low sejak dahulu malah beliau pernah menjadi pembantu Zeti di Universiti di Amerika Syarikat.

Sarawak Report juga tanpa segan silu mendedahkan bahawa keluarga Zeti sudah lama menerima dana daripada Jho Low namun portal ini cuba ‘melindungi’ Zeti dengan berkata ia “tidak salah menurut undang-undang untuk keluarga Zeti menyimpan duit melebihi RM100 juta di akaun luar pesisir di negara asing” walaupun turut mengakui ia meragukan.

Sangat mengejutkan kerana perkara ini tidak pernah diketahui umum sebelum ini dan menimbulkan persoalan kenapakah portal ini sebegitu terdesak sehingga tidak mampu lagi memikirkan kesan negatif pendedahannya terhadap Zeti?

Sukar difahami kenapa Sarawak Report berbuat demikian, di mana hanya ada dua kemungkinan kenapa ia didedahkan iaitu;

1. Sarawak Report sengaja ingin mensabotaj Zeti dan keluarga

2. Sarawak Report dan lain-lain pihak yang cuba melindungi atau mempertahankan Zeti sudah tidak mempunyai alasan yang lebih baik dan terpaksa mencari apa jua jalan bagi membersihkan nama Zeti walaupun semakin tidak masuk akal dan menyusahkan Zeti sendiri.

Namun bagi mereka asalkan sekurang-kurangnya dapat membuat tindakan ‘damage control‘ bagi mengawal keadaan. 

Sungguhpun tidak berjaya dan semakin mengurangkan kredibiliti Zeti selaku tokoh kewangan negara tetapi dek kerana terdesak, jawapan dan fakta logik tidak lagi mampu dikemukakan dan mungkin mereka hanya mengharapkan keajaiban akan berlaku serta berharap agar skandal ini akan berlalu pergi dan akhirnya dilupakan oleh rakyat.

Apa yang pasti pendedahan terkini yang dibuat oleh Sarawak Report ini yang mula didedah oleh portal Malaysia Today pasti akan memberi impak besar kepada perbicaraan kes SRC dan 1MDB bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Mungkin kerana itulah kenapa selama ini begitu sukar membawa pulang Jho Low ke negara ini sehingga pelbagai alasan tidak masuk akal dicipta termasuk sudah bertukar menjadi beruang.

Semoga kebenaran akhirnya terserlah dan dalang sebenar yang berkonspirasi dibawa ke muka pengadilan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts