PROPAGANDA GUNA NARATIF “UMNO SOKONG PH-DAP-ANWAR”

407
SHARES
1.3k
VIEWS

1. UMNO baru sahaja menggantikan Tan Sri Annuar Musa selaku Setiausaha Agung Barisan Nasional serta-merta dan digantikan dengan Setiausaha Agung UMNO iaitu Datuk Ahmad Maslan bagi mendokong aspirasi sebenar UMNO memperkasa Muafakat Nasional bersama PAS. 

2. Bersatu sebelum ini memainkan naratif “UMNO akan ketinggalan kapal” kerana kononnya PAS tidak akan memihak kepada UMNO sebaliknya bersama Bersatu, yang dicanang hanya sebulan dua selepas kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan pada Mac 2020.

3. Ini dilakukan kerana Bersatu hampir tidak mempunyai langsung kekuatan di akar umbi sebaliknya terpaksa menumpang PAS dan UMNO dan naratif ini terpaksa dimainkan agar PAS segera memihak kepada mereka jika terpaksa memilih antara UMNO ataupun Bersatu.

4. Bagi menguatkan hujah melalui naratif pertama yang lemah ini, naratif kedua dimainkan tidak berapa lama kemudian apabila PAS walaupun dilihat ‘bersama’ Perikatan Nasional, namun pucuk pimpinan mereka masih ragu-ragu dan tidak mempercayai sepenuhnya Bersatu.

5. Naratif kedua ini ialah “UMNO akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP” – yang dimainkan sebaik sahaja berlaku pergeseran antara Tun Mahathir dan kem Pakatan Harapan terutamanya dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

6. Naratif ini dimainkan antaranya untuk mengalih perhatian rakyat yang mula mempertikai pelbagai isu seperti isu penjualan aset dan harta umat Islam di negara ini termasuk Tabung Haji serta isu arwah Muhammad Adib Mohd Kassim – walaupun arwah Adib merupakan seorang penjawat awam yang dipukul ketika bertugas di tempat rusuhan, yang menjadi asbab kematiannya tetapi masih belum mendapat pembelaan sewajarnya. 

7. Kedua-dua isu ini berlaku di zaman Pakatan Harapan, di bawah pentadbiran Tun Mahathir dan DAP, yang menyegerakan penjualan aset-aset Tabung Haji yang sangat menyakitkan hati umat Islam di negara ini, namun tidak dihentikan malah diteruskan penjualannya di zaman Perikatan Nasional.

8. Ini menunjukkan pengaruh Tun Mahathir, DAP dan Pakatan Harapan itu sendiri masih menebal dalam Perikatan Nasional.

9. Malah Perikatan Nasional dilihat seolah-olah meneruskan segala yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan, menghentikan segala yang difikirkan baik oleh kerajaan sebelumnya iaitu Barisan Nasional, yang terkini ialah menghentikan projek HSR yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.

10. Tidak mungkin UMNO yang konsisten tidak pernah bekerjasama dengan DAP sejak lebih 60 tahun dahulu, akan mula menjalin persahabatan dengan parti cauvinis tersebut – kerana ia bukan sahaja akan mencalarkan imejnya malah akan serta-merta ‘bergaduh’ kelak kerana UMNO satu-satunya parti yang konsisten bersama PAS menentang penjualan pelbagai aset dan harta negara yang dibuat oleh DAP dan Pakatan Harapan sebelum ini.

11. Malah mereka turut konsisten menuntut Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dilakukan dalam banyak perkara termasuk dalam isu pembunuhan arwah Adib, anggota bomba yang tidak bersalah dan menerima arahan untuk bertugas pada malam rusuhan, yang pasti akan ditentang habis-habisan oleh DAP dan Pakatan Harapan.

12. Justeru naratif “UMNO akan bersama DAP dan Pakatan Harapan” ini jelas suatu fitnah dan gerakan ‘perang saraf’ yang dijalankan sama seperti isu GST dan 1MDB sebelum PRU-15 yang lepas.

13. Termasuk juga naratif “PAS menerima RM90 juta daripada UMNO”, yang mengakibatkan bukan sahaja penyokong-penyokongnya beralih arah malah beberapa pemimpin PAS sendiri keluar dan bertanding atas tiket Pakatan Harapan.

14. Naratif kedua ini dimainkan semata-mata kerana ingin mewujudkan kesangsian dalam kalangan penyokong UMNO terhadap beberapa pemimpin tertingginya serta ingin merenggangkan hubungan PAS dan UMNO dalam Muafakat Nasional, dengan tujuan utama ingin mengungguli Perikatan Nasional agar dapat terus memerintah selepas PRU-15.

15. ‘Counter-narrative’ bagi isu ini cukup mudah, iaitu soal sahaja Perikatan Nasional kenapa masih meneruskan banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Pakatan Harapan dan tidak langsung ‘undo’ apa yang berlaku, antaranya;

15.1. Kenapa penjualan aset dan harta Tabung Haji pada zaman DAP dan Pakatan Harapan bukan sahaja tidak dihentikan malah diteruskan oleh kerajaan Perikatan Nasional – apabila didedah oleh bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Azeez Rahim di Parlimen maka barulah penjualan dihentikan sementara.

15.2. Kenapa isu penjualan pelbagai aset dan harta milik negara yang lain yang turut dijual secara lambak seperti Tabung Haji oleh DAP dan Pakatan Harapan sebelum ini masih tidak diusaha untuk didapatkan kembali oleh kerajaan Perikatan Nasional, termasuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan untuk didakwa ataupun setidak-tidaknya lantikan politik tersebut diberhentikan terlebih dahulu agar gerakan ‘pembersihan’ dapat dilakukan.

15.3. Kenapa desakan RCI bagi pelbagai isu yang tidak diendahkan oleh DAP dan Pakatan Harapan juga tidak diendahkan oleh tidak dibuat oleh kerajaan Perikatan Nasional?

15.4. Kenapa isu pembunuhan arwah Adib yang tidak dihiraukan langsung oleh DAP dan Pakatan Harapan yang memerintah turut tidak dihiraukan oleh kerajaan Perikatan Nasional?

15.5. Kenapa pemberian pelbagai projek kepada kroni oleh DAP dan Pakatan Harapan tidak dihentikan malah diteruskan amalan yang sama oleh kerajaan Perikatan Nasional? – contohnya projek Bandar Malaysia yang diberi kepada pemilik syarikat Roti The Loaf.

15.6. Kenapa pelbagai projek mega yang bakal memberi impak besar kepada negara dan masyarakat yang ‘suka-suka’ dihentikan sama seperti di zaman Pakatan Harapan, turut diamalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional? – termasuk pembatalan projek HSR yang jelas merugikan negara dan merupakan langkah kurang cerdik bagi hubungan bilateral dan turut memundurkan ekonomi.

15.7. Kenapakah pembekuan akaun UMNO yang dibuat oleh DAP dan Pakatan Harapan walaupun sehingga kini masih tidak dapat dibuktikan, namun tetap diteruskan oleh kerajaan Perikatan Nasional?

15.8. Kenapakah Jho Low masih ‘gagal’ dibawa pulang sejak zaman DAP dan Pakatan Harapan memerintah, turut juga ‘gagal’ dibawa pulang oleh kerajaan Perikatan Nasional?

15.9. Senarai ini masih panjang jika diteruskan, yang membuktikan bahawa UMNO-BN jika bersama DAP dan Pakatan Harapan hanya akan menimbulkan pergaduhan serta-merta sebaik sahaja bergabung, tidak seperti Perikatan Nasional yang “tidak kelihatan seperti bergabung” tetapi masih meneruskan apa sahaja yang dilakukan oleh DAP dan Pakatan Harapan.

16. Kesimpulannya, berdasarkan bukti-bukti di atas, siapa yang membawa dan meneruskan agenda DAP dan Pakatan Harapan sebenarnya?

17. Ini yang rakyat perlu fikirkan dan tidak berguna jika rakyat masih tertipu dengan “black propaganda” seperti ini, yang akan menggunakan naratif palsu kononnya UMNO-BN ingin bergabung dengan DAP-PH sedangkan yang menuduh itu sendiri “sedang berpelukan” dengan DAP-PH.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts