JIKA MAHU LIHAT PPBM DI MASA HADAPAN, LIHATLAH ARMADANYA PADA HARI INI

441
SHARES
1.4k
VIEWS

Di sebalik musibah banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan sebahagian Perak, kelibat ‘Mat Jargon’ Wan Ahmad Fayhsal Ketua Armada PPBM langsung tidak kelihatan di lapangan. Wajahnya hanya terpampang di portal ‘batu api’ Malaysiakini mengulas kenyataan Najib biarpun kenyataan Wan Fayhsal tiada nilai berita langsung.

Yang ada nilai berita di situ adalah Najib. ‘Value’ Najib yang memungkinkan Malaysiakini menyiarkan kenyataan Mat Jargon Ketua Armada ini. Begitu juga media arus perdana lain. Malu-malu mahu menyiarkan kenyataan Mat Jargon ni, tetapi kerana ada ‘nilai’ Najib, mungkin Ketua Pengarang mengarahkan cerita Mat Jargon ditulis.

Kita tinggalkan bab Najib, tumpu kepada Mat Jargon ni. Di mana beliau ketika musim banjir ni? Armada PPBM tiada jenterakah mahu membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan tumpuan? Mana pergi ‘ribuan’ ahli PPBM yang meningkat saban hari seperti yang didakwa pimpinan mereka?

Sebagai sebahagian anggota kerajaan, Mat Jargon Wan Fayhsal tidak sepatutnya menghadapi kesulitan turun padang membantu mangsa-mangsa banjir. Jika mahu telus dan tidak menggunakan fasiliti kerajaan dalam sebarang urusan partipun tidak sepatutnya ada masalah. Parti Mat Jargon adalah parti kerajaan. Presidennya adalah Perdana Menteri. Saya tidak fikir kewangan adalah masalah utama Mat Jargon.

Kita nilaikanlah siapa sebenarnya yang bermain politik? Cakap tidak serupa bikin. Bukan mahu memuji, tetapi tidak keterlaluan jika dikatakan, UMNO jauh di hadapan dalam bab memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir kali ini. Zahid turun, Tok Mat turun, Asyraf Wajdi dan skuad Sabil Pemuda UMNO terlihat di lapangan membantu mangsa banjir.

Bukan pula mahu membandingkan, tetapi di mana Peja, Hamzah Zainuddin, Mat Jargon sendiri dan barisan Armada PPBM? Azmin? Jauh sekalilah. Anda menteri pusat (kecuali Peja), maka tiada alasan untuk akses segera ke kawasan-kawasan banjir. Yang anda tahu hari-hari ‘meratib’ UMNO berpakat dengan DAP hendak menjatuhkan kerajaan PN walhal kamu sendiri yang tidak berkhidmat untuk rakyat.

Pepatah banyak menyebut, jika mahu melihat masa depan, lihatlah pemudanya hari ini. Armada PPBM adalah bayangan golongan ‘ada-ada’, golongan kayangan PPBM. Jauh sekali mahu menyingsing lengan membantu rakyat bawahan yang memerlukan bantuan ketika ini.

Armada PPBM hanya berlagak menyingsing lengan menghentam Najib dan UMNO, itu pun dengan lagak pondan. Tidak mahu bersemuka dan sering u-turn apabila disanggah. Armada yang ada dalam PPBM jauh sekali menepati ciri-ciri pemimpin yang diperlukan.

Maka itu, jika mahu melihat PPBM pada masa hadapan, nilaikanlah Armadanya (pemuda) mereka pada hari ini. Juga lihatlah Mat Jargon pada hari ini dan bayangkanlah negara pada masa hadapan…

Paku Warren

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts