PENGISYTIHARAN DARURAT: MENJUNJUNG TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG

367
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

12 Januari 2021

1. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan NGO-NGO Islam utama di Malaysia menyambut baik titah Yang Di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat bertepatan untuk menangani jumlah kes wabak COVID-19 yang sangat tenat di negara kita.

2. Pengisytiharaan darurat ini selari dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkannya. Oleh itu, kami berharap agar tiada pihak mempolitikkan isu ini kerana ianya merupakan isu kesihatan yang menentukan nasib nyawa rakyat. Kita juga menggesa agar rakyat berhenti membuat pelbagai spekulasi liar mengenainya.

3. Kita mengambil maklum akan kebenaran operasi 6 sektor untuk memastikan perjalanan ekonomi negara terus bergerak dan diharap agar ianya dapat meringankan beban ekonomi negara sepanjang tempoh darurat ini.

4. Kita menyedari bahawa rakyat kini perlu memikirkan alternatif untuk menyara kehidupan sepanjang tempoh darurat ini walaupun berat dan sukar. Kita menerima akan hakikat ini demi menjaga maslahat yang lebih besar, iaitu nyawa rakyat. Bukan sahaja Malaysia sahaja yang melakukan langkah drastik sebegini, tetapi negara-negara lain terutamanya di Eropah juga sudah mula melakukan ‘lockdown‘.

5. Ayuhlah bersama-sama berdoa agar Allah S.W.T meringankan beban kita dan memberikan kekuatan untuk terus tabah dan bersabar dan akhirnya segera mengeluarkan kita dari musibah ini.

6. Akhir sekali, kita memberi amaran kepada ahli-ahli politik untuk tidak membuat kenyataan-kenyataan politik yang boleh menjejaskan kestabilan negara dan mencetuskan panik dalam
kegilaan merebut kuasa sepanjang tempoh darurat ini. Inilah masa bertenang dan muhasabah diri.

DAULAT TUANKU.

Hj. Aminuddin Yahaya

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts