SYABAS JABATAN AMAL MALAYSIA DAN PUSAT DARAH NEGARA

354
SHARES
2.1k
VIEWS

Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Amal Malaysia (JAM) yang bertungkus lumus bersama menjayakandala kempen menderma darah. 

Apa yang membanggakan, pihak JAM dan Pusat Darah Negara  bekerjasama dalam menjayakan penganjuran program “Amal Mega Blood Donation 2021” yang dijalankan secara serentak di 58 lokasi seluruh negara pada 15 – 17 Jan 2021, yang berakhir semalam.

Pihak Pusat Darah Negara berharap agar penganjuran sebegini dapat dilaksanakan secara berterusan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Pihak JAM dan Pusat Darah Negara turut berterima kasih kepada para penderma yang hadir pada program yang dianjurkan tersebut. Amat diharapkan orang ramai dapat membuka mata dan memperoleh kesedaran mengenai pentingnya masyarakat menderma darah yang turut boleh dibuat secara berkumpulan. 

Kepada mereka yang berminat untuk menderma SECARA BERKUMPULAN di pusat statik Pusat Darah Negara (PDN) boleh hadir sendiri ke lokasi berikut;

1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak.

2. Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya.

Atau terus menghubungi pihak Pusat Darah Negara di talian 03-261327777 atau emelkan kepada pro_pdn@moh.gov.my untuk maklumat lanjut.

Rujuk program “Amal Mega Blood Donation 2021” yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Jabatan Amal Malaysia yang diuar-uarkan sebelum ini di pautan;

https://editormalaysia.com/20376/

Rujuk laman Facebook Pusat Darah Negara untuk berita terkini dan maklumat lanjut atau bagi yang berminat menderma darah di pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4718522118218147&id=402806916456377

Video perkembangan terkini mengenai bekalan darah juga boleh dilihat di pautan;

https://m.youtube.com/watch?v=Q9MoxJhj1-o&feature=youtu.be

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts