Presiden IRI, Daniel Twining memberitahu dalam sebuah forum anjuran Center for Strategic & International Studies bahawa Washington mendapat manfaat daripada kerajaan baharu Pakatan Harapan di Putrajaya sejak dari awal Pakatan Harapan membentuk kerajaan.
Manfaat tersebut termasuklah membantu Amerika Syarikat menangkis perang perdagangan antara negara tersebut dengan China dengan membekukan pelaburan infrastruktur China, antara langkah awal yang diambil oleh Malaysia untuk ‘membayar harga’ bantuan mereka selama ini.
Perbuatan menjatuhkan kerajaan yang sah dengan bantuan pihak asing sememangnya perbuatan mengkhianati negara dan di sesetengah negara mengamalkan hukuman yang berat termasuk dijatuhkan hukuman mati jika mengkhianat.
Tujuannya adalah sebagai iktibar dan menunjukkan betapa seriusnya perbuatan tersebut kerana memberi ancaman kepada negara berdaulat.
Niat tidak menghalalkan cara kerana tentunya kini pihak asing yang membantu usaha menjatuhkan kerajaan tersebut mengharapkan ganjaran daripada bantuan mereka sejak 2002.
Tentunya bukan sedikit bantuan yang disalurkan sejak 16 tahun tersebut dan ganjaran yang wajib dibayar juga tentunya amat besar dan dikhuatiri bukan wang ringgit yang mereka harapkan namun memaksa kerajaan mengikut telunjuk mereka dalam sesetengah perkara yang menguntungkan mereka.