ADAKAH PKP AKAN DISAMBUNG SETIAP MINGGU?

860
SHARES
5.1k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

PKP sambung lagi sehingga 4 Februari 2021. Jika kes tetap tinggi, adakah PKP sambung setiap minggu?

Masalahnya penguatkuasaan PKP tidak ketat. Kereta berkeliaran di lebuh raya. Dengar info radio, jalan di KL sesak macam biasa setiap pagi kerana rakyat hendak pergi kerja.

Sedangkan kluster tempat kerja sudah menjadi penyumbang terbesar. Sekarang ini ada 11 kluster tempat kerja daripada 16 kluster. Malah kilang dan tapak pembinaan diberi kelonggaran beroperasi.

Memang ‘double standard‘. Kerajaan bukan sahaja tidak konsisten tetapi nampak macam tidak tahu apa hendak dibuat. Tegas atau tidak.

Rakyat tidak boleh makan di restoran. Tetapi orang ramai selamba makan di gerai-gerai di pekan kecil dan kampung.

Maka tujuan DARURAT gantung Parlimen hanya untuk pekakkan telinga daripada dikritik kerana gagal menangani pandemik COVID-19. Sudah tidak ada “check and balance“.

Lebih baik laksanakan PKP seketatnya agar PKP tidak perlu disambung setiap minggu kerana menyusahkan rakyat mencari rezeki untuk mendapatkan sesuap nasi.

Betul, lagi lama PKP 2.0 yang longgar ini dilanjutkan, lagi lama ketidakadilan berlaku. Ada yang dibenarkan beroperasi mencari makan ada yang tidak boleh mencari makan.

Setuju dengan Datuk Seri Najib, “PKP yang tegas untuk seketika adalah lebih baik daripada PKP ‘separuh masak’ yang berpanjangan”.

Mudaratnya berpanjangan. Masalah tidak selesai. Masalah Muhyiddin untuk kekal lama jadi Perdana Menteri sahaja yang selesai.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts