BUKU MEMOIR YANG MENGHINA ORANG MELAYU

492
SHARES
2.9k
VIEWS

Adalah suatu kewajiban ke atas setiap Melayu supaya bangkit mempertahankan maruah bangsa apabila dihina.

Teguran bersahaja dari seorang Melayu membuatkan saya terpanggil untuk turut membuat ulasan mengenai buku memoir karangan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness“. Pada mulanya, saya tidak ambil peduli sangat sebab anak sulung saya berpendapat penulisan beliau tidak berkualiti sebagai seorang bertaraf Peguam Negara.

2. Tetapi apabila seorang “Melayu barua” pemegang PhD tiba-tiba menegur dengan nada apologetik sedangkan ketika itu bangsa sendiri dihina, saya berasa amat kecewa dan bergegas mula mengarang. Tujuannya supaya jangan ada lagi akan muncul golongan Melayu barua sepertinya yang selalu menggunakan ayat-ayat indah bersifat apologetik secara tidak langsung membenarkan bangsa lain menghina bangsanya sendiri.

3. Dalam masa yang sama, memberi peluang kepada golongan kiasu terus menerus menghina orang Melayu, dengan alasan Malaysia adalah negara perpaduan yang masyarakatnya adalah majmuk, maka Islam yang merupakan agama berkasih sayang tidak gopoh memberi respons negatif, tetapi tenang dan lebih kepada mahu bermuzakarah apabila berhadapan dengan sesuatu masalah mencari jalan penyelesaian sekalipun Melayu dihina bertubi-tubi.

4. Golongan Melayu apologetik ini atau biasanya saya gelar sebagai Melayu barua ini akan memberi pelbagai alasan dan menggunakan bahasa yang indah-indah untuk mengaburi dan memadam semangat kebangsaan dalam jati diri orang Melayu. Kononnya biar orang lain hina kita, jangan kita menghina mereka; kita jangan bersikap dengan sikap keji bangsa orang lain itu.

5. Memang dari satu sudut, ucapan itu betul tetapi ada juga dalam keadaan tertentu sebagaimana terdapat dalam hadith Nabi SAW, Baginda SAW pernah memerintahkan supaya dibunuh semua kaum lelaki dari kabilah kaum Urainah yang mengkhianat kebaikan yang diberi. Sila rujuk sahih Bukhari hadis no. 0154. 

6. Sikap apologetik ini sengaja diuar-uarkan kononnya dia seorang yang berlapang dada, memahami hidup bermasyarakat berbilang kaum, tidak mudah melatah, sabar dan sering bertolak ansur demi keharmonian hidup dalam negara berbilang kaum. Kononnya Islam itu pemurah, Islam itu mengundang musuhnya menjamu selera dengan penuh kasih sayang. Sikap dan perbuatannya itu seolah-olah mahu menunjukkan yang dia lebih Nabi daripada para Nabi.

7. Sikap sebegini tidak kena pada masa dan tempatnya, seumpama dalam masa orang kafir sedang mengasah parang mahu menyembelih umat Melayu Islam, tiba-tiba Melayu barua ini seperti orang hilang akal masih mahu mengajak umat Islam supaya mendalami ilmu tajwid, bukannya ilmu perang. Inilah rupa Melayu barua – sentiasa menonjol dengan cerita berlawanan dan bertentangan sekalipun tindakannya itu memberi kemenangan kepada kaum kafirun.

8. Kononnya jika musuh yang mahu memancung kepala kita menghunuskan pedang, maka kita tunjukkan sifat-sifat kemuliaan dengan menghulurkanlah bunga sebagai tanda kasih sayang. Kononnya jiwa dia penuh dengan hakikat ketauhidan taraf tinggi bahawa ini semua adalah takdir Allah SWT belaka. Dan kalau dibunuh oleh orang kafir itu ganjarannya besar iaitu berada di syurga tertinggi bersama mereka yang sabar.

9. Ketika ini tentu sekali ramai kalangan orang Melayu yang telah membaca buku bekas Peguam Negara ini rata-ratanya akan memberi respons negatif dan tidak mustahil mendorong sebahagiannya membuat laporan polis kerana isi kandungannya terlalu sarat kepalsuan dengan manipulasi sejarah. Kebanyakannya andaian dan khayalan beliau tanpa sebarang sokongan fakta bagi menyokong kenyataannya itu.

10. Buku seperti ini wajib diharamkan dan tidak sepatutnya dibiarkan beredar di kalangan masyarakat terutamanya generasi muda yang mudah terpengaruh dan boleh membuat sesetengah pihak keliru dengan fakta catatan sejarah. Adakah andaian penulis memoir ini lebih benar daripada catatan buku sejarah yang disediakan oleh mereka yang pakar bidang hasil dari kajian yang teliti?

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts