• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, January 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

BUKU TOMMY THOMAS: MUHYIDDIN TERSEPIT ATAU DIKEPIT?

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
February 6, 2021
in Ulasan, Utama
0
BUKU TOMMY THOMAS: MUHYIDDIN TERSEPIT ATAU DIKEPIT?
42
SHARES
471
VIEWS

Selagi kerajaan yang ada sekarang punya DNA Mahathir atau Pakatan Harapan yang telah tumbang, selagi itulah Tommy ‘Tomato’ Thomas dan DAP akan tersenyum bebas. Buatlah beribu laporan polis sekalipun, saya fikir ia tiada kesan langsung kepada Tommy dan DAP.

Kerajaan PN dilihat menguruskan isu buku Tommy secara politik. Kerana itulah maruah negara, pemimpin, perkhidmatan awam tidak menjadi keutamaan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yasin. Lebih-lebih lagi dalam tempoh darurat ini, alasan yang akan diberikan nanti adalah “ketepikan soal politik, di saat ini keutamaan kita adalah memerangi Covid-19”.

Muhyiddin juga masih tidak bersuara biarpun isu buku ini hangat diperkatakan. Sana sini rakyat pertengahan, pemimpin memberi komen tentang buku ini. Takiyuddinpun telah bersuara melalui kenyataan akhbar yang dilihat malu-malu untuk menyanggah Tommy. Yang diam setakat ini Muhyiddin, Hamzah KDN dan DAP. Adakah mereka dari pihak yang sama?

DAP selamanya parti rasis. Kerat 18 dan hidup kembali, DAP tetap rasis. Mereka bijak mencuri ruang dan sentiasa mengambil kesempatan. Saya percaya saat ini buku yang dimaksudkan mendapat sambutan dari kalangan bukan melayu.

DAP dan Tommy membuatkan Muhyiddin dan PN dalam dilema mahu mengambil tindakan terhadap mereka. Jika Muhyiddin dan PN mengambil tindakan terhadap Tommy dan DAP, PN akan kehilangan undi bukan Melayu khususnya undi masyarat Cina dan India bandar dan mereka yang konon disifatkan terpelajar.

Realitinya, parti atau gabungan parti yang bertunjangkan Melayu memang telah lama ditolak oleh golongan bukan Melayu atas hasutan DAP. Namun atas nafsu ingin kekal berkuasa, Muhyiddin, Hamzah, Azmin dan sekutu sanggup melutut demi mendapatkan undi bukan Melayu.

Dalam konteks ini, Muhyiddin lebih sanggup membiarkan Tommy terlepas tanpa ditangkap atau dihukum dan menyembah penyokong Tommy dan DAP. Konon Muhyiddin bakal dilihat baik jika berbuat demikian.

Manakala UMNO, personaliti dan pegawai undang-undang yang difitnah akan dibiar melaung mohon keadilan. Muhyiddin akan membutakan mata sambil memekakkan telinga terhadap laungan mohon keadilan dari golongan ini. DAP pula bakal menyimbah minyak petrol ke dalam api yang sedang marak ini dengan menggelarkan UMNO dan mereka yang difitnah dalam buku Tommy sebagai rasis.

Saya tidak mengharapkan apa-apa dari kerajaan warisan DNA PH yang bacul ini. Kes pembunuhan Adib, hukuman terhadap mereka yang terkait dengan LTTE, serta isu Tabung Haji hanya sebahagian dari kisah sedih semasa PH. Kisah sedih ini masih diteruskan oleh Muhyiddin.

Muhyiddin memilih untuk melutut kepada ketidakadilan demi kuasa. Muhyiddin akan terus diam dan melengah-lengahkan masa sehingga isu buku Tommy diam dan dalam masa yang sama, Tommy dan DAP akan terus bermaharajalela dengan sifat rasis mereka.

Begitulah jangkaannya terhadap seorang Perdana Menteri yang telah kehilangan sokongan majoriti mengikut perundangan.

Bertabahlah wahai rakyat Malaysia pencinta keadilan…

Paku Warren

Tags: MuhyiddinPaku WarrenPerikatan NasionalTommy Thomas
Previous Post

HALA TUJU UMNO DAN BARISAN NASIONAL

Next Post

WIRA PUTRA GESA MENTERI WILAYAH HENTI BERDRAMA, GABUNG DENGAN NGO DAN AKTIVIS BANTU RAKYAT SUSAH

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

SYARIKAT BERKAITAN KELUARGA TURUT TERLIBAT ISU RM600 BILION

SYARIKAT BERKAITAN KELUARGA TURUT TERLIBAT ISU RM600 BILION

December 6, 2022
DANA JUDI: TAKIYUDDIN JANGAN GOPOH, SAYA ADA DOKUMEN – ANWAR

DANA JUDI: TAKIYUDDIN JANGAN GOPOH, SAYA ADA DOKUMEN – ANWAR

December 6, 2022
DANA JUDI: PN AKAN SAMAN JIKA ANWAR GAGAL KEMUKA BUKTI

DANA JUDI: PN AKAN SAMAN JIKA ANWAR GAGAL KEMUKA BUKTI

December 6, 2022
TENDER RM7 BILION TEBATAN BANJIR DIBATAL, AKAN DIKAJI SEMULA 

TENDER RM7 BILION TEBATAN BANJIR DIBATAL, AKAN DIKAJI SEMULA 

December 6, 2022
PMO ANWAR TIDAK BOLEH ULANGI KESILAPAN SEPERTI PMO SEBELUMNYA

PMO ANWAR TIDAK BOLEH ULANGI KESILAPAN SEPERTI PMO SEBELUMNYA

December 4, 2022
KERAJAAN JANGAN TERLALU LAMA ‘PERAM’ ISU PERBELANJAAN RM600 BILION

KERAJAAN JANGAN TERLALU LAMA ‘PERAM’ ISU PERBELANJAAN RM600 BILION

December 4, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In