MENTERI GAGAL BERI PENJELASAN ISU KEBERKESANAN VAKSIN

140
SHARES
453
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PUTRA MALAYSIA

9 Febuari 2021 | 27 Jamadilakhir 1442H

1. Merujuk kepada portal berita News Straits Times https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2021/02/663707/fighting-vaccine-hesitancy-information-trust, di dalam ruangan ‘columnist‘ yang telah menemu bual Datuk Nadzim Johan, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai isu vaksin Covid-19. Di dalam temubual ini, beliau telah menyuarakan kerisauan rakyat antaranya mengenai status halal dan keberkesanan vaksin, serta impak alahan kepada seseorang individu jikalau diberi vaksin tersebut.

2. Di sini, PUTRA berpendapat, bahawa, pihak kerajaan telah membuat keputusan secara terburu-buru dan gagal memberi informasi yang telus kepada rakyat kerana banyak persoalan rakyat ini tidak diterangkan secara baik dan tiada bukti-bukti kukuh dari negara lain yang menunjukkan keberkesanan dan status halal vaksin tersebut.

3. Baru-baru ini kerajaan telah membelanjakan berbillion ringgit untuk membeli vaksin dari syarikat Pfizer, namun mendapat kecaman daripada kebanyakan rakyat kerana signifikasi jumlah tersebut tidak dijelaskan, ditambah lagi persoalan utama iaitu, “adakah vaksin tersebut benar-benar berkesan dan tiada mudarat” tidak dijawab oleh Menteri yang dipertanggungjawabkan berkenaan vaksin tersebut sehingga kini?

Apakah yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan rakyat sehingga tiada sedikitpun penerangan yang melegakan hati rakyat dikeluarkan oleh menteri tersebut? 

4. Saudara Khairy Jamaludin sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertanggungjawab menguruskan hanya membuat sedikit ulasan tentang harga vaksin akan lebih murah jika dibotolkan di dalam negara. Rujuk pautan;

https://www.utusan.com.my/berita/2021/01/kj-beri-bayangan-harga-vaksin-covid-19-rm77-35-sen/

Vaksin tersebut pula daripada jenama Sinovac dan akan dibotolkan oleh Pharmaniaga. Rujuk pautan;

https://www.sinarharian.com.my/article/118687/KHAS/Covid-19/Kos-vaksin-Sinovac-lebih-murah-dibotol-dalam-negara-KJ

Apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Menteri tersebut?

5. Jikalau tiada bukti keberkesanan dan impak alahan kepada vaksin tidak kiralah jenama yang mana, maka adakah kerajaan ingin menjadikan rakyat sebagai tikus makmal bagi syarikat pengeluar vaksin? Adakah kerajaan yang ada sekarang ini berkiblatkan kapitalis dan sanggup mengenepikan kesejahteraan rakyat? 

6. PUTRA amat maklum keadaan ekonomi negara adalah sangat teruk dan membimbangkan, namun ia bukan satu alasan untuk ‘memperdagangkan’ nyawa rakyat demi tembolok pihak-pihak tertentu yang memang diketahui akan mendapat ‘durian runtuh’ daripada kemasukan vaksin ini.

7. Oleh itu PUTRA mendesak agar pihak kerajaan, memberi penerangan khas dengan bukti-bukti yang kukuh yang menyatakan bahawasanya vaksin ini benar-benar halal dan selamat untuk digunakan.

Jikalau tidak mendapat kepercayaan dari rakyat berkenaan vaksin ini, maka lebih baik tangguhkan dahulu implimentasi pemberian vaksin ini supaya boleh dikaji semula dari segi keberkesanan dan status halal vaksin tersebut sehingga ia mempunyai bukti bahawa vaksin tersebut benar-benar selamat.

Sekian.

Ashraf Bin Rosli

PUTRA PERKASA NEGARA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts