WIRA PUTRA GESA PEGUAM NEGARA SEGERA AMBIL TINDAKAN TERHADAP KES KEMATIAN ADIB KASSIM

345
SHARES
2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

14 Februari 2021 | 2 Rejab 1442H

Berkali-kali dan pelbagai gesaan telah dibuat berkenaan kematian Allahyarham Muhammad Adib Kassim. Laporan siasatan peringkat akhir yang dimaklumkan pada Disember tahun lalu oleh Menteri Dalam Negeri juga masih sepi tanpa khabar. Hingga keluarga allahyarham kelu seibu bahasa tidak tahu dimana penghujung dan kebenaran berkaitan kematian.

Peguam Negara perlu segera mempamerkan bukti demi menjaga integriti sistem kehakiman negara. Wira PUTRA bersetuju dengan pandangan Pengerusi EDICT bahawa Peguam Negara perlu mengambil tindakan segera sama ada kembali ke mahkamah dengan memfailkan semakan terhadap dapatan koroner Rofiah Mohamad pada 2019 atau buka semula inkues berdasarkan laporan siasatan polis yang terkini.

Keluarga bekas anggota bomba, Allahyarham Adib Kassim yang meninggal dunia selepas menjalankan tugas rasminya ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariaman, Seafield sepatutnya tidak dibiarkan begitu sahaja. Kebenaran perlu ditegakkan kerajaan dan keadilan perlu diberi kepada keluarga mangsa, bukan dibiar tergantung begitu sahaja.

Wira PUTRA gesa Peguam Negara segera mengambil tindakan bagi mendapatkan keadilan bagi pihak keluarga mangsa. Kaedah sudah ada, terpulang pada Peguam Negara untuk pilih menggunakan solusi yang mana. Jika Peguam Negara kini juga sekadar “melepaskan batuk di tangga” dan tidak mampu menegakkan keadilan adalah lebih baik berhenti sahaja. Malaysia bukan negara mengamal mahkamah rimba, ada keputusan dan laporan siasatan tetapi tiada tindakan.

Sekian.

Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts