SKMM DIGESA SEGERA CEGAH ‘DATING SITE’, LINDUNGI REMAJA DAN MASA DEPAN MEREKA

348
SHARES
2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN WIRANITA PUTRA MALAYSIA

16 Februari 2021

1. Baru-baru ini panas di media sosial berkaitan isu ‘Dating Site‘ yang mempromosi budaya pelacuran siber dalam kalangan wanita muda terutama pelajar universiti. Perkara ini mestilah diambil perhatian dan dipandang serius oleh pihak berwajib. Tindakan SKMM yang hanya sekadar menyekat portal sugarbook.com tidak membantu mencegah masalah ini, ambillah tindakan dan hukum sewajarnya supaya tiada lagi individu yang sewenang-wenangnya mengulangi perkara ini.

2. Pergerakan Wiranita PUTRA mendesak supaya SKMM dengan segera mencegah sebarang aplikasi ‘Dating Site‘ seperti ini di Malaysia. Remaja masa kini lebih celik IT dan pastinya mereka boleh mencari sebarang laman web seumpama itu di lain-lain platform. Mohon SKMM mengambil inisiatif lanjut untuk meneliti mana-mana aplikasi atau portal yang mengganggu gugat moral remaja memandangkan SKMM mempunyai kepakaran teknologi yang hebat dan pakar dalam bidang ini.

3. Wiranita PUTRA menyeru supaya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dapat dilihat semula agar tindakan dapat diambil. Turut menggesa dan mendesak pihak berwajib untuk mengkaji semula dan menggubal serta mengambil kira perkembangan dunia teknologi yang semakin canggih yang dimonopoli oleh golongan muda yang mementingkan keuntungan semata-mata. Ini amat bahaya jika tidak dibendung kerana ia akan merosakkan moral remaja atau mahasiswa serta memburukkan nama Malaysia.

4. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) juga digesa supaya mengambil serius isu ini bagi membantu menangani penglibatan pelajar-pelajar wanita (mahasiswi) dalam perkara-perkara yang tidak bermoral. Secara tidak langsung gejala ini pasti akan menjadi ancaman kepada pasangan suami isteri yang mempunyai keluarga dan pastinya menjejaskan keharmonian sesebuah keluarga, tidak kira dari mana-mana bangsa.

5. KPWKM kenalah PEKA dan seharusnya menjadi pelindung dan merancang untuk perkembangan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup wanita-wanita yang ramai tidak mendapat pembelaan. Golongan wanita muda perlu diberi perhatian seadil-adilnya. Hargai mereka kerana mereka juga menyumbang dalam pembangunan negara. Oleh itu, Wiranita PUTRA mencadangkan agar KPWKM segera membantu menangani gejala-gejala yang memudaratkan yang memberi ancaman kepada wanita-wanita serta memandang serius perlindungan terhadap wanita.

Sekian.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts