IBRAHIM ALI KRITIK BANTUAN TIDAK SEPADAN KEPADA MANGSA TEBING RUNTUH

416
SHARES
2.4k
VIEWS

Presiden PUTRA Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali mengkritik keputusan kerajaan negeri Kelantan yang menurutnya sangat rendah jika dibandingkan dengan kesusahan dan penderitaan yang dialami 45 keluarga yang terlibat. 

Ketahuilah wahai rakyat Kelantan, 98 mangsa daripada 45 keluarga tebing runtuh Dataran Air Molek Pasir Mas dapat bantuan RM38 ribu, bermakna satu keluarga dapat tidak sampaipun RM1,000.

Menurut beliau, jika beliau Menteri Besar, setiap keluarga akan menerima RM10,000 berbanding tidak sampaipun RM1,000 diberikan oleh kerajaan Kelantan. Ibrahim Ali turut menyindir pemberian tidak sepadan tersebut dengan kereta mewah Mercedes yang diperuntukkan kepada Menteri Besar sebelum ini yang telah menjadi ‘buah mulut’ satu negara.

Bantuan ini dari Tabung Serambi Mekah. Ia diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yaacob. Kalau saya jadi MB Kelantan pasti setiap keluarga akan dapat RM10 ribu dan baru RM450 ribu untuk 45 keluarga.

Tidak sampaipun harga sebuah Mercedes Menteri Besar Kelantan… Inipun bukannya banyak. Rumah rakyat akan disediakan untuk mangsa yang terlibat.”

Menurut Presiden PUTRA tersebut, apa yang paling penting adalah kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan jangan biarkan rakyat menderita sehingga menitiskan air mata. 

Tok Him cakap Tok Him buat. Rakyat tidak akan menitis air mata. Biar air mata Tok Him yang menintis daripada melihat rakyat penuh derita.” 

Tok Him juga turut menyindir pampasan yang diberikan kepada penduduk Kampung Atas Paloh yang terpaksa berpindah sebelum ini, yang juga diberikan pampasan kecil dan tidak setimpal. Beliau turut bertekad akan membela penduduk yang tertindas serta mempertikai di mana royalti minyak yang telah diberikan oleh kerajaan Pusat serta perolehan kerajaan melalui premium tanah dan balak. 

Samalah juga pampasan hanya RM1 ribu untuk penghuni Kampung Atas Paloh yang terpaksa pindah. Itupun bayar RM500 dulu dan RM500 setelah selesai roboh atau pindah. Mangsa telahpun mohon semakan kehakiman di mahkamah. Tok Him PUTRA pasti bela, walaupun dengan sebatang lidi.” 

Mana duit royalti minyak yang dapat daripada Kerajaan Pusat atau Petronas? Mana dia premium hasil kayu balak dan premium tanah yang diberi kepada pemaju-pemaju? Mana dia hasil kenaikan berbagai cukai tanah dan cukai pintu? Memalukan slogan Membangun Bersama Islam.”

Akhir kata Tok Him meminta agar rakyat  khususnya di Kelantan agar menguatkan tekad serta menyeru agar jangan lagi tertipu dgn slogan dan retorik kerajaan PAS negeri Kelantan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts