YDP AGONG ZAHIR PANDANGAN PARLIMEN BOLEH BERSIDANG SEMASA DARURAT

84
SHARES
270
VIEWS

Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau berkata, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.

Perlu ditegaskan di sini bahawa perkenan Seri Paduka Baginda kepada nasihat Perdana Menteri berkenaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 adalah semata-mata sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak Covid-19 yang telah meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini,” menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau turut memaklumkan, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima mengadap Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara pada Rabu.

Dalam sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda menegaskan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan, setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak Eksekutif, Kehakiman mahu pun Parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip tersebut.

Justeru tindakan kerajaan Perikatan Nasional menggantung Parlimen bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana dan diharapkan demokrasi dapat ditegakkan kembali selepas ini.

Selain itu juga diharapkan agar semua pihak sama ada kerajaan ataupun pembangkang dapat mentaati serta menyanjung tinggi titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mengenai Sidang Parlimen ini tanpa berdalih lagi. 

Daulat Tuanku. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts