WILAYATUL MAZALIM

378
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

DS Anwar mendedahkan bahawa dalam pertemuannya dengan DS Azam Baki hari ini, SPRM memaklumkan bahawa keputusan bagi menggugurkan kes ahli politik UMNO yang melompat ke PPBM bersabit dana 1MDB dibuat atas kuasa Peguam Negara [1]. Maka DSAI mahukan AG menjawab pendedahan ini.

Tetapi sebelum itu saya hendak tanya DSAI. Bukankah DSAI orangnya yang mengadap YDP Agong pada awal pagi bagi membolehkan Tommy Thomas dilantik segera sebagai Peguam Negara?

Sedangkan kami UMNO dan PAS sama-sama menentang keras pada ketika itu atas faktor latar belakangnya. Tidak terfikirkah ketika apa asasnya kami menolak individu seperti ini?

Inilah dosa-dosa besar Pakatan Harapan ketika memerintah. Bukan sahaja merosakkan ekonomi tetapi mereka juga telah menjahanamkan keyakinan rakyat kepada institusi negara yang menjadi tonggak kepada keadilan manusia.

Sampai jawatan Pesuruhjaya SPRM pun diambil orang politik.

Jadi bagaimana hendak kembalikan semula keyakinan rakyat dan mengelakkan pelacuran politik ke atas institusi-institusi penting dalam negara?

Dalam Islam, ada satu konsep dipanggil Wilayatul Mazalim. Ia adalah sebuah mahkamah khas yang diwujudkan pada zaman Nabi SAW bagi membicarakan tuduhan kesalahan pada penguasa atau sebagai jalan terakhir rakyat membuktikan korupsi / kesalahan pegawai atasan kerajaan [2][3]

Bagaimana mahkamah khas ini berfungsi? Senang. 

Dalam sistem hari ini, apabila rakyat mempunyai bukti kesalahan penguasa, mereka perlu buat laporan polis. Dan pendakwaan ke atas individu tersebut akan ditentukan oleh siasatan PDRM /SPRM dan penilaian Jabatan Peguam Negara.

Dalam Wilayatul Mazalim, semua prosedur ini tiada. Rakyat yang mempunyai bukti kesalahan pemimpin boleh bertindak sebagai Pendakwaraya (atau melantik pendakwaraya sendiri) di Mahkamah Khas tersebut.

Kita bagi contoh Mat Tabayyun (nama samaran). Beliau dikatakan mempunyai pelbagai bukti kesalahan DS Najib Razak dalam isu 1MDB. Maka apabila Peguam Negara telah membersihkan nama DSN pada tahun 2016, beliau masih boleh bertindak menjadi Pendakwaraya dan membuka semula kes tersebut di Mahkamah Khas.

Tidak perlu beliau menulis panjang-panjang di Facebook dengan bahasa yang kita semua tidak pernah faham.

Begitu juga apabila Tommy Thomas menggugurkan kes LGE ketika perbicaraan masih berjalan. Mana-mana rakyat yang percaya dengan bukti dan dokumen yang wujud ketika itu boleh menjalankan fungsi Pendakwaraya dan meneruskan kes perbicaraan tanpa gangguan daripada pihak berkuasa.

Kaedah ini mempunyai 3 kebaikan.

Pertama, rakyat tidak perlu menjadikan media sosial sebagai mahkamah persepsi yang menjahanamkan reputasi pemimpin tertentu. Dah kalau ada bukti, pergilah jadi Pendakwaraya terus. Sembang apa lagi dalam FB?

Kedua, ia menjamin keadilan kepada rakyat dan penguasa. Sebab walaupun rakyat bebas membawa kes ke mahkamah, dakwaan mereka masih tertakluk kepada pendakwaan balas oleh pihak tertuduh.

Ketiga, penguasa tidak boleh mengawal sistem keadilan atau sekurang-kurangnya tidak lagi dilihat mengawal sistem tersebut.

Beginilah Islam menyelesaikan masalah manusia. 

Rujukan:

[1] https://m.malaysiakini.com/news/567629

[2] The Concept of ‘Checks and Balances’ in the Perspective of Islam and Its Application in the Islamic Judicial System in Malaysia, Siti Rohida Asrani dan Zuliza Mohd Kusrin, Shariah Journal Vol 24, 2016, ms 78 -83

[3] Syariah dan Undang-Undang: Satu Perbandingan, Zaini Nasohah (Editor), Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2004, ms 23-24

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts