KENYATAAN AFIF ‘MAKAN DIRI’ DAN HANYA MEMALUKAN AZMIN

261
SHARES
841
VIEWS

Kenyataan kurang cerdik Dr. Afif Bahardin bagi membela ketua beliau iaitu Datuk Seri Mohd. Azmin Ali diibaratkan sebagai ‘makan diri’ apabila perbuatan tersebut hanya mendedahkan kelemahan dan ketidakfahaman Azmin mengenai ekonomi dan pelaburan asing. Walaupun tindakan Afif ingin membela Azmin ini boleh dipuji namun ia hanya mengakibatkan Azmin dihat semakin tidak tahu membuat kerja, hanya membuktikan apa yang dipersoalkan oleh pelbagai pihak selama ini termasuk pakar ekonomi ke atas Azmin adalah benar.

Setiausaha Kerja UMNO Wilayah Persekutuan, Hariff Ahamat turut membidas kenyataan kurang cerdik Afif di laman Facebook beliau dengan menggunakan tajuk “AFIF, SIAPA SEBENARNYA YANG DANGKAL DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB?

Kenyataan YB Afif Bahardin bahawa ucapan Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Perhimpunan Agung UMNO semalam bersifat dangkal dan tidak bertanggungjawab mencerminkan betapa terpisahnya daripada realiti di antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Datuk Seri Azmin Ali) dengan kedudukan sebenar daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.”

Menurut Hariff, nampaknya Afif lebih suka menggunakan statistik secara terpilih (selective) untuk mengelirukan orang ramai dengan kenyataan beliau membidas Johari tersebut. Najib menerangkan secara terperinci bagaimana cara Afif memperoleh maklumat yang menurutnya hanya “separuh masak” dan tidak tepat.

Seperti dilaporkan UNCTAD, net FDI inflows Malaysia pada tahun 2020 jatuh kepada US$2.5 bilion, iaitu kejatuhan sebanyak 68% dan merupakan negara tercorot dari segi aliran masuk bersih FDI di kalangan negara rantau Asia. Mengapa Afif tidak menafikan fakta ini?”

Selain itu Afif juga menggunakan DHL Global Connectedness Index (GCI) 2020 yang sebenarnya mengukur prestasi negara bagi tahun 2017 sehingga 2018 di mana pada masa itu Kerajaan PN masih belum wujud dan Azmin Ali masih belum menjadi menteri MITI.”

Hariff turut menjelaskan bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan jauh lebih baik di bawah Barisan Nasional suatu ketika dahulu jika mahu dibandingkan dengan kenyataan Afif yang tidak menyeluruh dan mudah untuk dipertikai. 

Sebenarnya sebahagian besar prestasi Malaysia dalam DHL GCI mengalami peningkatan pada masa zaman BN sebagai Kerajaan iaitu ranking ke-34 pada tahun 2001 dan meningkat sehingga ranking ke-17 pada tahun 2017.

Ranking-ranking lain seperti “Cost of Manufacturing Operations Around The Globe” oleh KPMG dan The Manufacturing Institute, “Ease of Doing Business 2020” oleh World Bank dan juga “IMD World Competitiveness Ranking” semuanya mengambil komponen penanda aras bagi tahun 2015 hingga 2018 sebelum kewujudan Perikatan Nasional. Adalah tidak bertanggungjawab untuk Afif mengambil kredit hasil usaha Kerajaan sebelum ini terutamanya BN yang meletakkan Malaysia dalam kedudukan daya saing yang tinggi berbanding negara-negara lain.”

Hariff juga menjelaskan bahawa segala ranking yang disebut Afif adalah tidak berguna ia tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk prestasi sebenar menarik pelabur apabila jumlah net FDI jatuh dan lebih teruk tercorot dan ketinggalan berbanding negara serantau seperti Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Beliau pertikai kenapa Afif tidak menjawab semua persoalan ini? “Adakah pelaburan-pelaburan oleh Apple, Samsung, Tesla, Amazon dan banyak lagi syarikat teknologi terkenal dunia di negara-negara jiran menjadikan mereka ‘dumping ground’? Seeloknya Afif membantu boss beliau untuk merangka strategi menarik pelabur asing bukannya sibuk bermain dengan angka dan ranking yang tidak memberi apa-apa makna kepada ekonomi negara apatah lagi kesejahteraan rakyat Malaysia.”

Secara sinis Hariff turut menyindir Afif jika tidak mampu membantu Azmin merangka strategi menarik pelabur asing, maka adalah lebih baik beliau menasihatkan Azmin untuk segera menasihati Perdana Menteri untuk memanggil Parlimen bersidang secepat mungkin bagi mengembalikan keyakinan pelabur luar kepada negara.

Jika tidak mampu juga eloklah bubarkan Parlimen untuk rakyat Malaysia memilih kerajaan yang lebih baik dan stabil demi memastikan daya saing dan pembangunan negara dikembalikan semula ke landasan yang sebenar. Janganlah sibuk merencana rancangan mencuri Ahli-ahli Parlimen, sehingga keadaan ekonomi negara diabaikan.”

Mujurlah Afif yang dikatakan sebelum ini akan menerajui J-KOM tetapi tidak dilantik ke jawatan tersebut kerana kini jelas kenyataannya sendiri bukan sahaja tidak mampu memulihkan imej Azmin malah menyebabkan ketuanya beliau sendiri dimalukan dan terbuka pula pekungnya. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts