NAJIB: UMNO TIDAK PERLU PERTAHANKAN SAYA

297
SHARES
897
VIEWS

Seluruh penyokong, ahli ataupun pemimpin sesebuah parti politik yang waras tentunya tidak akan mengabaikan ketua atau bekas ketuanya yang dituduh atau difitnah apatah lagi mengatakan beliau sebagai beban.

Amat keterlaluan dan kurang cerdik apabila kemenangan dinikmati bersama tetapi apabila kalah, kekalahan tersebut hanya diletakkan atas bahu seorang pemimpin.

Pernahkah sesiapa terfikir seseorang seperti Donald Trump akan menjadi Presiden Amerika Syarikat akibat daripada rakyat secara kolektifnya bosan dengan politik dan ingin mencuba sesuatu yang baharu.

Seperti juga kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ini adalah kerana penolakan terhadap kerajaan semasa sudahpun menjadi trend  terkini di seluruh dunia, bukan GST, bukan 1MDB, di mana segala-galanya adalah fitnah yang hanya wujud sebagai pelengkap.

Jika sebuah kapal layar yang mahalpun memerlukan sehingga 9 bulan untuk dikenalpasti siapa pemiliknya apatah lagi hal-hal lain yang secara logiknya hanya berlandaskan penipuan semata-mata demi untuk menghalalkan cara menjatuhkan sebuah kerajaan.

Justeru, pencerahan yang diberikan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia yang memberitahu kesilapan beliau adalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan partinya dapat difahami oleh semua, namun tidak difahami oleh segelintir pemimpin UMNO yang pengecut dan suka menyalahkan orang lain (selain diri sendiri) serta gagal melihat kekalahan mereka secara kolektif.

—-

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak

09 Ogos 2018

Saya hanya membantu Lokman Adam sebagai menunaikan hasratnya yang meminta bantuan untuk berkempen ketika pilihanraya kecil Sungai Kandis.

Ia adalah satu tugas yang berat bagi kerusi ini kerana PKR adalah penyandang dan memenanginya dengan majority yang besar hanya beberapa bulan sebelum ini. Lokman dan pasukannya telah melakukan yang terbaik bagi PRK itu.

Saya tidak mempunyai sebarang hasrat untuk menjadi Presiden UMNO lagi. Kepimpinan UMNO baharu perlu diberikan kepercayaan dan ruang untuk membuktikan kepimpinan mereka bagi mendapatkan kepercayaan rakyat.

Sebagai Perdana Menteri dan Presiden BN pada masa itu, saya menjadi sasaran pihak lawan yang membuat pelbagai serangan fitnah terhadap saya.

UMNO tidak perlu mempertahankan saya terhadap fitnah yang dilempar terhadap saya. Melalui perbicaraan yang adil, saya yakin dapat mempertahankan diri saya. Saya juga yakin tidak bersalah terhadap segala pertuduhan yang dibuat. Kesalahan saya hanyalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti saya.

Segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap saya dan bukan UMNO. Tidak adil untuk UMNO menanggung beban ini.

Sebagai sebuah parti yang berjaya membawa Malaysia hampir meraih status ekonomi maju dan menikmati ketenteraman dan keamanan sejak Merdeka, jasa UMNO kepada negara tidak dapat dinafikan. Perjuangan parti ini juga berniat baik.

Atas dasar itu, saya akan terus menjadi ahli UMNO yang setia dan bersedia untuk menghulurkan bantuan jika parti memerlukannya.

Apapun, saya juga masih lagi Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Parlimen. Saya juga mempunyai pengalaman dan pengetahuan dengan apa yang berlaku dalam kerajaan lalu.

Oleh itu, saya akan terus bersuara terhadap apa-apa isu yang menjejaskan rakyat dan negara ini.

Saya berhak menggunakan kebebasan bersuara saya dan berhak mempertahankan diri saya jika timbul lagi sebarang tuduhan dibuat terhadap saya atau kerajaan BN lalu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts