THE EQUANIMITY: AZMIN BOLEH MEMPERCEPATKAN CARIAN PEMILIK

210
SHARES
428
VIEWS

Dalam sebuah rakaman video lama yang disiarkan di Youtube pada 26 Julai 2016, dalam sebuah program anjuran DAP iaitu Majlis Makan Malam DAP Selangor yang dibuat pada 24 Julai tahun yang sama di Shah Alam, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang kini menjawat jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi ada menyebutkan beberapa perkara menarik seperti di bawah:

Peguam Negara kita tak jumpa…

Peguam Negara Malaysia tak jumpa apapun, takde salah…

Saya masih ingat, ketika Datuk Seri Anwar ditahan dahulu…

Bila kena Datuk Seri Anwar…

Sampai, maaf saya cakap…

Sampai bulupun dia boleh jumpa…

Sampai sperm atas katilpun dia boleh jumpa…

Ada different spot and different angle…

Tetapi 2.6bilion tak jumpa…

50bilion tak jumpa…

Justeru seluruh rakyat Malaysia memohon Datuk Seri Azmin Ali melalui kapasiti beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, selaku anak angkat Tun Mahathir Mohamad dan juga selaku bakal Perdana Menteri Malaysia dapat membantu dengan mendesak;

~Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, Peguam Negara Tommy Thomas, peguam pakar perkapalan dari Firma Guaman Tommy Thomas yang dilantik untuk menyiasat pemilik kapal Equanimity

Agar mencari siapa pemilik sebenar kapal The Equanimity tersebut dengan kadar segera.

Melalui bantuan Azmin mendesak Tun Mahathir dengan bantuan seluruh jentera di atas tentunya mudah mencari kapal mewah itu yang kini telahpun berada dalam kawalan kerajaan Malaysia.

Azmin boleh menyoal Tun Mahathir dengan logik yang sama seperti di atas kerana beliau adalah Perdana Menteri yang bertanggungjawab ketika kes liwat Anwar Ibrahim berlaku pada tahun 1998.

Pasukan 1998 Tun Mahathir termasuk Tan Sri Ghani Patail yang ketika itu adalah pendakwa utama, bertindak dengan amat cekap sehingga pemilik bulu dan spermapun dapat dikesan ketika itu.

Apatah lagi melalui bantuan teknologi terkini yang tentunya jauh lebih baik berbanding 20 tahun dahulu.

Tentunya lebih mudah mengesan pemilik sebuah kapal yang saiznya jutaan kali lebih besar daripada bulu dan sperma milik Anwar Ibrahim yang sangat halus.

Melalui bantuan Azmin, pencarian pemilik The Equanimity   mungkin hanya memerlukan antara 6 ke 9 hari sahaja.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts