PELABUR LARI BUKAN KERANA KERAJAAN DIKRITIK

186
SHARES
601
VIEWS

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Ekonomi merudum bukan kerana kritikan pembangkang. Kalau pelabur ambil kira suara pembangkang, takkan ada pelaburan masuk ke mana-mana negara demokrasi di dunia.

Yang penting bagi pelabur adalah suara kerajaan. Suara Perdana Menteri. Suara Menteri. Kalau PM boleh kata secara terbuka kerajaan tidak ada banyak wang lagi, maka pelabur mana yang masih berani?

Pakej stimulus kita sepanjang setahun ini sebenarnya lebih kepada mengurangkan kesan kelembapan (cushion the impact). Elak hilang kerja. Elak perniagaan tutup. Tapi ia belum sampai ke tahap mencipta pekerjaan baru.

Hendak cipta pekerjaan baru ini memerlukan kerajaan berbelanja lebih besar terutama dalam sektor infrastruktur awam. Ini adalah antara falsafah ekonomi Ibnu Khaldun dan dikembangkan pula oleh Maynard Keynes (Keynesian).

Kaedah ini digunakan dua kali oleh Amerika Syarikat. Pertama ketika Great Depression 1930. Ketika itu mereka melaksanakan pakej The New Deal termasuk pembinaan Hoover Dam, Lincoln Tunnel dan Bay Bridge.

Kali kedua ketika krisis ekonomi 2009. US lancarkan American Recovery and Reinvestment Act 2009 yang peruntukkan USD85 bilion bagi pembinaan infrastruktur awam.

Dalam kedua-dua keadaan, US berjaya.

Dan benda ni bukan pertama kali berlaku dalam dunia. Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, baginda mewarisi keadaan ekonomi yang kurang baik tinggalan Khalifah Sulaiman. Termasuklah masalah jurang kekayaan yang tinggi.

Apa yang baginda buat? Sama. Infrastruktur awam

Baginda membina jambatan, telaga air, jalan, sistem perparitan serta projek pengaliran semula sungai di seluruh empayar tanpa menaikkan cukai.

Keadaan ini mencipta sistem ekonomi yang sihat, mewujudkan ripple effect kepada sektor perniagaan sedia ada dan akhirnya meningkatkan hasil negara.

Apabila ada masalah ekonomi, kerajaan mesti berbelanja. Ini juga kunci kejayaan kita ketika berdepan krisis ekonomi 2009.

Bukan sahaja dengan kerajaan berbelanja besar dalam infrastruktur awam, tetapi kerajaan juga mewujudkan skim jaminan (SJKP dan SJPP).

Pada saat bank takut memberikan pinjaman kepada syarikat kecil, SJKP/SJPP inilah yang mengambil risiko dengan menjamin pinjaman SME sehingga hampir tidak kedengaran pada ketika itu ada syarikat yang gulung tikar.

Malah, masa itu ada yang tidak perasanpun kita sebenarnya sedang mengalami krisis ekonomi. Sebab hampir semua perkara up and running. Smooth and steady. 

Akhir sekali nak pesan. Kalau kita mengaku abah, kita tak mengeluh masalah depan anak-anak. Kita pandai-pandai selesai sendiri saja.

Kalau kita betul-betul abah la.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts