ACRYL SANI DILANTIK KETUA POLIS NEGARA BAHARU

502
SHARES
3k
VIEWS

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sah dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang akan tamat kontraknya pada 4 Mei depan.

Lantikan Acryl berkuatkuasa Selasa depan sehingga tarikh persaraan beliau pada bulan Oktober ini dan surat pelantikan telah diserahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam majlis khas pagi ini di Putrajaya.

Bagaimanapun, siapa yang bakal menggantikan tempat Acryl Sani selepas Oktober ini masih menjadi tanda tanya.

Sebagai rekod, audio perbualan yang tular sebelum ini yang dilihat cuba meletakkan “budak kita” ke jawatan tertinggi polis telah disahkan sendiri oleh Hamzah sebagai suaranya namun beliau berkata tiada salahnya beliau berkata sedemikian.

Kenyataan beliau yang dilihat angkuh ini sewajarnya tidak didiamkan kerana telah memberi mesej yang salah kerana rakyat termasuklah mewujudkan tanggapan buruk kepada pentadbiran kerajaan terutamanya pihak PDRM sendiri. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts