SOALAN KEPADA MENTERI DAN KERAJAAN MENGENAI VAKSIN ASTRAZENECA

480
SHARES
2.8k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Hari ini jumlah kes COVID-19 di seluruh negara telah mencapai lebih 400 ribu kes.

Kes jangkitan harian pula adalah lebih 3,000 kes sehari, dengan 15 orang meninggal hari ini.

Vaksin AstraZeneca yang dibeli kerajaan pula dilaporkan mempunyai masalah risiko gumpalan darah.

Sebelum ini terdapat penerima vaksin ini di negara lain yang telah dilaporkan mati akibat gumpalan darah di otak disebabkan vaksin AstraZeneca ini akibat “vaccine-induced thrombotic thrombocytopenia” (VIIT).

Oleh sebab risiko ini, kerajaan Peranchis telah mengarahkan supaya rakyatnya yang berumur di bawah 55 tahun diberi dos kedua dengan vaksin yang berlainan setelah dos pertama AstraZeneca diberi kepada mereka sebelum ini.

Kerajaan Jerman pula mengarahkan vaksin ini diberikan hanya kepada rakyatnya yang berumur di atas 60 tahun.

Kerajaan UK telah menyatakan untuk mencari pilihan lain selain vaksin AstraZeneca ini untuk rakyat berumur 30 tahun ke bawah.

Kerajaan Denmark pula telah membatalkan pemberian vaksin ini kepada seluruh rakyatnya.

Oleh itu di Eropah, kerajaan dan pakar percaya atau yakin bahawa kesan sampingan gumpalan darah vaksin AstraZeneca ini terdedah kepada orang muda mahupun yang tua di pelbagai peringkat umur.

Namun kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk terus memberikan rakyat vaksin ini kepada sesiapa yang sukarela menerimanya.

Menteri yang bertanggungjawab berkata mereka tidak mahu “membazirkan vaksin ini yang berkesan dan selamat”.

Menteri juga kata yang risiko gumpulan darah ini hanyalah kecil kerana ia adalah 4 kes dalam sejuta orang.

Oleh itu katanya ketakutan rakyat terhadap vaksin ini adalah “tidak berasaskan fakta dan sains”.

Adakah menteri dan kerajaan terima bulat-bulat kenyataan sesetengah pakar yang kata “manfaat vaksin ini adalah melebihi mudaratnya”?

Kerajaan Malaysia dilaporkan telah membeli 12.8 juta dos vaksin AstraZeneca ini.

Dan vaksin AstraZeneca ini akan diberikan kepada rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Kerajaan dan menteri tentunya tidak faham mengapa rakyat di seluruh dunia dan di Malaysia risau untuk menerima vaksin ini. Mereka (menteri-menteri) pun tidak ambil vaksin ini.

Kerisauan rakyat ini bukanlah tidak berasas. Rakyat bukannya bodoh.

Di atas kertas, memanglah vaksin ini mengikut statistik akan memberi manfaat kepada 999,996 orang dari setiap 1,000,000 penerima tanpa risiko gumpulan darah; Katanya ‘hanya’ empat orang ‘sahaja’ yang berisiko.

Namun apa akan jadi jika anda atau seseorang individu tersebut adalah salah seorang dari empat orang yang mendapat gumpulan darah itu dan mati kerananya?

Adakah empat orang ini akan juga fikir seperti kerajaan atau menteri fikir iaitu manfaat vaksin ini melebihi dari mudaratnya?

Adakah kerajaan akan membenarkan atau mendorong rakyat memperjudikan nyawa mereka sendiri secara sukarela?

Sebab itu saya ingin tanya kerajaan beberapa soalan ini:

PERTAMA, berapa orang yang kerajaan jangka akan sukarela mendaftar untuk mengambil vaksin ini?

KEDUA, apa akan jadi kepada 12.8 juta dos vaksin AstraZeneca yang telah dipesan atau dibeli ini jika hanya sedikit sahaja orang yang sukarela mahu menerimanya?

Adakah kerajaan akan akhirnya paksa rakyat terimanya kerana tidak mahu “bazirkan vaksin yang berkesan dan selamat” ini bak kata menteri?

KETIGA, berapa billion ringgit yang kerajaan telah atau akan bayar kepada syarikat farmasi yang menjual vaksin AstraZeneca ini dan apakah terma kontrak pembeliannya?

Jika vaksin ini tidak berkesan atau tidak mahu diterima oleh rakyat kerana risiko kesan sampingan, adakah kerajaan akan dapat balik kesemua atau sebahagian daripada wang pembelian vaksin ini atau ia hangus begitu sahaja?

Adalah kerajaan akan pinjam duit berbillion ringgit lagi untuk beli vaksin lain pula?

Oleh kerana Parlimen masih tidak dibuka dan wakil-wakil rakyat tidak boleh bertanya, saya tolong tanyakan soalan-soalan ini melalui media sosial sahaja dan harap dapat jawapan dari menteri dan kerajaan.

28 April 2021

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts