WIRA PUTRA GESA HAMZAH ZAINUDDIN LETAK JAWATAN ATAU DIGUGURKAN SEBAGAI MENTERI KABINET

619
SHARES
2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

1 Mei 2021 | 19 Ramadhan 1442H

1. Rakaman perbualan telefon yang tular dikatakan milik suara YB Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri berkenaan campur tangan urusan kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan telah mempamerkan hilangnya integriti dan menghakis kepercayaan rakyat serta pelabur akan keselamatan negara.

2. Perbualan yang dirakam dan didedahkan telah memalukan PDRM dan menjejaskan keselamatan negara. Lebih-lebih lagi yang terlibat adalah Menteri Dalam Negeri itu sendiri.

3. Wira PUTRA menggesa YB Hamzah untuk meletak jawatan atau Perdana Menteri wajar membuat pertimbangan dan mengambil satu tindakan tegas bagi mengembalikan integriti PDRM, iaitu dengan menggugurkan beliau selaku Menteri Dalam Negeri atau paling tidak pindahkan beliau ke kementerian yang lain. Pemimpin kerajaan PN akan terus dilihat sebagai penyangak politik selagi mana tiada tindakan diambil lebih-lebih lagi apabila ia telah diakui sendiri melakukan kesalahan tersebut. Janganlah jadi pemimpin yang bacul, kesalahan rakyat terus dihukum, kesalahan pemimpin lawan dihenyak rapat ke dinding tetapi kesalahan rakan sekongkol dibiar bebas tanpa sebarang tindakan.

4. Wira PUTRA menyangkal walaupun tugasnya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) terlibat dalam penentuan tugasan pegawai-pegawai polis, namun ia bukan lesen untuk mengadakan atau membuat keputusan di luar mesyuarat. Hal ini jelas menunjukkan sikap buruk sebenar sebagai seorang ahli politik yang dikatakan berpengalaman, melanggar etika dan tatacara dengan membuat keputusan melalui pakatan di luar mesyuarat dan lebih buruk lagi hanya menerusi panggilan telefon.

5. Wira PUTRA sekali lagi menekankan agar kerajaan segera ambil tindakan sebelum terlambat untuk membuat langkah pembetulan.

Sekian.

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts