PKP 3.0 MEMBIMBANGKAN, RAKYAT AMAT TERKESAN – WIRANITA PUTRA

374
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN WIRANITA PUTRA MALAYSIA

1. Kerajaan telah mengumumkan dan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 kepada rakyat kerana penularan kes positif Covid-19 yang terlalu tinggi bacaan angkanya yang telah mencecah kepada 6,000 adalah amat bahaya dan membimbangkan.

2. Kerajaan seharusnya melaksanakan moratorium secara automatik selaras dengan PKP 3.0 ini kerana kita sedar rata-rata peminjam golongan perniaga B40 tidak dapat menjalankan perniagaan. 

Agak sukar bagi mereka untuk mendapatkan keuntungan disebabkan tiadanya pelanggan. Peniaga-peniaga kecil dan golongan pekerja swasta perlu dibantu dan diambil perhatian.

3. Apa yang terjadi dan kesan daripada itu mereka tidak mampu membayar pinjaman di bank-bank atau di syarikat-syarikat kewangan.

4. Wiranita PUTRA berharap agar pihak berwajib dan kerajaan memberi mereka modal pinjaman supaya mereka dapat menampung perniagaan dan pendapatan mereka yang terjejas. Supaya dengan itu ia dapat membantu dan mengukuhkan ekonomi mereka yang semakin terhimpit sejak mulanya PKP 1.0.

5. Wiranita PUTRA menggesa kerajaan supaya moratorium diteruskan dan pembayaran dijelaskan apabila ekonomi kembali pulih seperti sedia kala.

6. Wiranita PUTRA memandang serius perkara ini dan berharap supaya pelaksanaan PKP yang dijalankan tidak sama sekali menjejaskan kehidupan serta ekonomi rakyat.

7. Kita sedia maklum moratorium ini tidak sama sekali akan menjejaskan keuntungan sektor perbankan seperti yang telah diwartakan pada tahun lalu.

Terima kasih.

Oleh Roshanita Binti Basir

Ketua Pergerakan Wiranita PUTRA Malaysia

20hb.mei.2021

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts