Satu tinjauan yang dibuat secara spontan oleh netizen membuktikan buah rambutan lebih popular berbanding Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tinjauan tersebut dibuat selepas Astro Awani menyiarkan berita bahawa Muhyiddin paling popular dalam kalangan rakyat dengan memperoleh 51 peratus undian berbanding pemimpin-pemimpin lain namun dapatan tersebut dibuat hanya melalui 1,582 undian.
Rujuk pautan;
https://mobile.twitter.com/501Awani/status/1395027046405853193
Justeru pengguna Twitter yang menggunakan nama Sofialey terus melancarkan undian untuk membuktikan kesahihan laporan berita oleh Astro Awani tersebut dan beliau hanya membandingkan populariti rambutan dan Muhyiddin.
Rujuk pautan;
https://mobile.twitter.com/sofealey/status/1395027755322920962
Malangnya undian tersebut membuktikan rambutan lebih popular dengan memperoleh 95.9 peratus sokongan berbanding Muhyiddin yang hanya menerima 4.1 peratus sokongan melalui 30,813 undian keseluruhan.
Ini bererti 29,549 daripada responden lebih rela memilih rambutan berbanding Perdana Menteri dan ini sepatutnya dijadikan iktibar oleh pihak kerajaan agar tidak semberono membuat undian atau poll yang boleh memalukan kerajaan sendiri terutama Perdana Menteri.
Walaupun pihak kerajaan boleh menafikan undian ini sebagai tidak tepat namun hakikatnya undian melalui 30,813 responden tentunya lebih tepat berbanding hanya 1,582 responden yang dibuat oleh firma penyelidik, O2 Malaysia.
Justeru pihak kerajaan terutamanya Pejabat Perdana Menteri (PMO) perlu lebih berhati-hati selepas ini dan perlu elakkan membuat tinjauan “syok sendiri” yang makan diri dan hanya memalukan Muhyiddin.
Kumpulan penasihat media dan komunikasinya juga perlu dirombak atau ditularkan seperti yang disarankan sebelum ini agar tidak lagi membuatkan Perdana Menteri dimalukan berkali-kali tanpa ada pihak yang membantu memulihkan imejnya di mata masyarakat.
Rujuk saranan “Rombak segera jentera komunikasi kerajaan PN” di pautan;
https://editormalaysia.com/22884/
Saranan rombakan ini perlu dibuat untuk menggantikan individu yang mengetuai media dan komunikasi kerajaan termasuk PMO yang jelas gagal kerana jika berdepan dengan rambutan sahajapun sudah kalah undian apatah lagi jika ingin berdepan dengan tinjauan melibatkan pemimpin-pemimpin lain kelak.
Itupun jika PMO berhasrat membantu Perdana Menterinya sendiri dalam mendepani cabaran masa kini termasuklah di media sosial, jika tidak teruskan sahaja dengan jentera sedia ada.