• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, July 1, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

7 RASIONAL EKONOMI MEWAJARKAN ‘TOTAL LOCKDOWN’

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
May 24, 2021
in Ulasan, Utama
0
7 RASIONAL EKONOMI MEWAJARKAN ‘TOTAL LOCKDOWN’
29
SHARES
324
VIEWS

Ramai yang masih berharap total lockdown atau PKP Penuh 14 hingga 21 hari sebagaimana PKP 1.0 dilaksanakan, berbanding pendekatan PKP dengan SOP “sekejap ketat sekejap longgar” yang berpanjangan bagaikan tiada kesudahan.

7 rasional daripada sudut ekonomi yang mewajarkan TOTAL LOCKDOWN:

1. Lebih 55 peratus ekonomi negara dipacu sektor perkhidmatan seperti makanan dan minuman, pelancongan, peruncitan, logistik dan lain-lain yang bergantung apabila rakyat berbelanja. Selagi PKP separa masak dilaksanakan dan berpanjangan, kes-kes Covid-19 tidak berkurangan, selagi itulah sektor-sektor utama ini sukar berfungsi untuk menjana kembali ekonomi.

2. Kenyataan seorang menteri yang mendakwa firma besarlah tempat ramainya rakyat bergantung hidup hingga merasionalkan tindakan kerajaan untuk lebih menjaga hati tauke-tauke besar, adalah tidak tepat. Hakikat sebenar sektor mikro, kecil dan sederhana (SME) adalah tulang belakang ekonomi negara yang menyumbang lebih 38.9 peratus kepada KDNK atau RM552.3 bilion (Jabatan Perangkaan Negara, 29 Julai 2020). Justeru PKP separa masak dengan SOP “kejap ketat kejap longgar” tidak membantu sama sekali sektor SME bahkan menyukarkan operasi mereka.

3. Data dan Sains menunjukkan walaupun 37 peratus ekonomi disumbangkan oleh sektor perkilangan, namun data dan sains juga membuktikan bahawa kilang-kilang penyumbang terbesar hingga 50 peratus penularan wabak Covid-19. Tiada jaminan penularan wabak ini boleh dihentikan begitu sahaja tanpa TOTAL LOCKDOWN.

4. Jika TOTAL LOCKDOWN atau SEPARA LOCKDOWN, syarikat-syarikat besar hampir pasti boleh terus bayar gaji pekerja-pekerja mereka atau tawar insentif potongan gaji. Sebaliknya SME yang bergantung pendapatan harian yang lebih teruk terkesan dengan PKP “kejap ketat kejap longgar” yang tiada kesudahan. Justeru, lebih baik TOTAL LOCKDOWN 14-21 hari yang sifatnya susah dan perit sekali tetapi tidak berpanjangan. Kerajaan juga boleh fokus tawar bantuan (intervensi) untuk sektor ini bagi tempoh masa yang singkat.

5. Jika benar kos sehari PKP 1.0 adalah RM2.4 bilion sehari ditanggung kerajaan (Bicara Khas YAB Perdana Menteri pada 23 Mei 2021), maka TOTAL LOCKDOWN selama 21 hari bersamaan RM50.4 bilion bukanlah sampai RM500 bilion. RM50.4 bilion hanyalah 3.57 peratus daripada KDNK negara iaitu sekitar RM1.4 trilion. Lebih baik rugi sekali daripada berpanjangan hingga ekonomi tidak mampu dijana kembali.

6. Kerajaan masih boleh membiayai bantuan-bantuan khas sepanjang TOTAL LOCKDOWN 21 HARI melalui pinjaman-pinjaman baharu kerana YB Menteri Kewangan sendiri menyatakan jumlah hutang negara masih dibawah had siling (60 peratus daripada KDNK) yang ditetapkan Akta Hutang Negara. Lagipun Moratorium 2.0 tanpa caj tambahan untuk tempoh 3 bulan, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 tiada kos tambahan kepada kerajaan.

7. Tempoh TOTAL LOCKDOWN 21 hari mampu beri kesan besar dan paling maksima untuk mengawal penularan Covid-19 kerana jangka hayat virus hanya sehingga 14 hari. Justeru fokus kerajaan boleh dimanfaatkan untuk menyusun strategi dan sumber daya kesihatan kerajaan seperti saringan pengesanan dan pengasingan di kalangan rakyat dalam skala besar dan pemberian vaksin dengan lebih berkesan secara meluas.

Dengan kadar kes positif Covid-19 yang kian meningkat, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi memohon agar kerajaan dapat mengkaji semula keputusan untuk hanya mengetatkan PKP bukannya TOTAL LOCKDOWN sebagaimana yang diharapkan majoriti rakyat.

Lebih baik susah sekali daripada berkali-kali. Lebih baik utamakan dahulu nyawa rakyat daripada ekonomi. Lebih baik perit seketika daripada merana berpanjangan.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Tags: Asyraf Wajdii-SinarLESTARIMoratoriumPerintah Kawalan PergerakanPKP 3.0
Previous Post

MAHATHIR AKHIRNYA MENGAKU NAJIB TIDAK AMBIL DUIT 1MDB

Next Post

BENARKAH TIADA HUKUMAN “DOUBLE STANDARD” SEPERTI DIKATAKAN MUHYIDDIN?

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

KES BUNUH ADIB: PEMUDA UMNO TUNTUT KETELUSAN DALAM SIASATAN, IKTIRAF ALLAHYARHAM SEBAGAI WIRA NEGARA

KES BUNUH ADIB: PEMUDA UMNO TUNTUT KETELUSAN DALAM SIASATAN, IKTIRAF ALLAHYARHAM SEBAGAI WIRA NEGARA

September 29, 2021
BEKERJA BERSAMA RAKYAT DALAM SEBUAH KELUARGA MALAYSIA

BEKERJA BERSAMA RAKYAT DALAM SEBUAH KELUARGA MALAYSIA

August 22, 2021
WIRA PUTRA CADANG TINDAKAN PROAKTIF TERHADAP PENGILANG-PENGILANG

WIRA PUTRA CADANG TINDAKAN PROAKTIF TERHADAP PENGILANG-PENGILANG

July 17, 2021
TABUNG HAJI TIDAK WAJAR DILETAK SAMA TARAF DENGAN BANK-BANK

TABUNG HAJI TIDAK WAJAR DILETAK SAMA TARAF DENGAN BANK-BANK

July 16, 2021
DUA MAJIKAN DIKOMPAUN RM50,000, PREMIS  BEROPERASI TANPA KEBENARAN MITI

DUA MAJIKAN DIKOMPAUN RM50,000, PREMIS  BEROPERASI TANPA KEBENARAN MITI

July 9, 2021
PKP GAGAL, KES BUNUH DIRI MENINGKAT – WIRANITA PUTRA

PKP GAGAL, KES BUNUH DIRI MENINGKAT – WIRANITA PUTRA

June 27, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In