ATASI SEGERA KENAIKAN MENDADAK HARGA MINYAK MASAK – WIRANITA PUTRA

365
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN WIRANITA PUTRA MALAYSIA

8 Jun 2021

1. Wiranita PUTRA amat kecewa dengan kenaikan mendadak harga minyak masak yang luar jangkaan di pasaran kini.

2. Amat mengecewakan hari ini kita dikejutkan dengan kenaikan harga yang keterlaluan sehingga mencecah RM34 bagi sebotol 5 kilo minyak masak.

3. Minyak masak merupakan barang kawalan, maka kenapa pihak KPDNHEP tidak memantau dan pejam sebelah mata?

4. Kenaikan harga minyak masak ini seharusnya tidak berlaku ketika rakyat sedang bergelut dengan pendemik Covid-19 dan kehilangan pekerjaan serta pendapatan. Kerajaan gagal memantau dan menjalankan tanggungjawab dengan serius. Barang kawalan seperti minyak masak mempunyai prosedur serta laporan yang lengkap wajib disediakan oleh pihak pembekal kepada KPDNHEP bagi memastikan stok yang mencukupi untuk rakyat. Seharusnya perkara seperti ini tidak terjadi ketika ini.

5. KPDNHEP telah gagal dalam menjalankan peranannya. Sepatutnya sebagai sebuah badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal harga barang kawalan, tidak sepatutnya harga minyak masak boleh melambung kepada RM34 untuk 5 kilo. 

6. Timbul juga persoalan bagaimanakah pengeluar boleh untuk menaikkan harga tanpa kebenaran KPDNHEP dengan sesuka hati?

7. Ke mana hilangnya penguatkuasa KPDNHEP dan kenapa hanya diam seribu bahasa apabila isu ini timbul? 

8. Kerajaan seharusnya faham rakyat amat terkesan dengan ancaman pandemik yang melanda negara ketika ini dan sewajarnya pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menangani masalah kenaikan mendadak harga minyak masak ini.

9. Perlu diingatkan bahawa ramai peniaga kecil gulung tikar kerana tidak mampu bertahan akibat pandemik, diburukkan pula dengan kenaikan mendadak harga barang-barang dapur dan keperluan harian seperti ini.

10. Di mana peranan agensi-agensi kerajaan yang mengawal barang keperluan rakyat? Kenapa masih berdiam diri?

11. Wiranita PUTRA menggesa pihak kerajaan dan KPDNHEP untuk mengambil tindakan tegas terhadap pembekal yang menaikkan harga barang kawalan dengan sewenang-wenangnya. Janganlah dibiarkan pengeluar menangguk di air keruh dengan meraih keuntungan di kala rakyat dihimpit dengan pelbagai keperitan hidup.

12. Tunaikan kewajipan dan segerakan siasatan supaya dapat menangani masalah yang kini menjadi kemarahan rakyat.

Sekian.

Oleh Ros Hanita Binti Mohd Basir

Ketua Pergerakan Sayap Wiranita PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts